Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.
Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.
Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk.
Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera.
Media tempatan melaporkan seorang anggota polis turut cedera.
Sebelum ini, nama lelaki bersenjata yang menjadikan sekumpulan pengunjung sebuah kafe di Sydney sebagai tebusan didedahkan oleh ABC Television dan media lain sebagai Man Haron Monis, 49, seorang 'ulama' kelahiran Iran.
Insiden berlaku di kafe Lindt Chocolate pada pagi Isnin di Martin Space, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk.
Penyiar nasional, ABC, berkata Monis dalam “jaminan atas beberapa kesalahan ganas.”
Bekas peguam Monis iaitu Manny Conditsis berkata orang ramai diberi jaminan bahawa insiden ini bukan dilakukan oleh kumpulan pengganas.
“Ia dilakukan oleh seorang individu. Ia bukan satu keganasan atau tindakan bersepadu. Ia satu insiden oleh seorang individu yang melakukan sesuatu yang keterlaluan,” katanya.
Terdapat laporan bahawa Monis tiba di Australia pada 1996 sebagai seorang pelarian dan tinggal di barat daya Sydney.
Polis tidak menafikan laporan berkenaan. Mereka sedia maklum tentang identiti Monis namun enggan mendedahkan maklumat itu ketika operasi berjalan.
Agensi
Mon Dec 15 2014
Polis juga tidak menafikan laporan yang mendedahkan identiti Man Haron Monis. -EPA
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Australia ikrar untuk menyekat pelampau ekstremis
Kerajaan Australia berikrar menentukan mengapa seorang pengganas kelahiran Iran yang mempunyai sejarah ekstremisme dan keganasan dapat tawan sebuah kafe dalam satu pegepungan selama satu hari.
Tawanan Sydney: Malaysia ikrar akan bersama rakyat Australia
Najib Razak berikrar akan berdiri teguh bersama-sama rakyat dan kerajaan Australia dalam kejadian menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney.
Kenapa Man Haron Monis diikat jamin walau menghadapi pelbagai tuduhan?
Setahun sebelum Man Haron Monis mengepung cafe Sydney, dia dibebaskan dengan ikat jamin selepas dituduh terlibat dalam pembunuhan dan tuduhan seksual terhadap isterinya.
Siapa dia "Tuan Sheikh" Man Haron Monis?
Dia dikatakan mengubah pegangan agama dari fahaman Syiah kepada Sunnah selepas mendakwa ajaran Syiah tidak mencerminkan Islam sebenar.
Insiden tebusan di Sydney berakhir
Rakaman televisyen menunjuk polis menyerbu sebuah kafe di Sydney di mana seorang lelaki bersenjata tawan tebusan dan memapaparkan bendera Islam pada pagi Selasa.