BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berjanji akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi bagi memastikan keselamatan pelancong asing susulan insiden tragis dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, Bangkok, pada Selasa.
Srettha mengarahkan agensi berkaitan, seperti polis, Kementerian Pelancongan, Kementerian Luar, dan Kementerian Kesihatan Awam, untuk menyiasat punca kejadian dan membangunkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang pada masa hadapan.
"Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk semua pelancong," menurut hantarannya di platform 'X' (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Polis Thailand mengesahkan bahawa dua individu -- seorang warga China dan seorang warga Myanmar maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, iaitu pusat beli-belah paling ikonik di Thailand, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
Mangsa yang cedera, terdiri daripada seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warganegara tempatan.
Polis menahan seorang remaja berusia 14 tahun sejurus kejadian yang berlaku 4.20 petang (waktu tempatan).
Srettha turut melawat lokasi kejadian serta mangsa yang cedera di dua hospital.
Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelancong China yang cedera atau terbunuh dalam insiden tembakan itu, melalui Duta Besar China ke Thailand, Han Zhiqiang.
Srettha berkata, Han menzahirkan penghargaannya atas tindakan pantas pihak berkuasa Thailand terhadap insiden itu.
"Kedutaan (Cina) telah meminta kerajaan Thailand memberikan maklumat yang jelas dan telus mengenai kejadian terbabit, supaya Kedutaan dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakyat China dan membantu mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap pelancongan," katanya.
Kebimbangan kesan negatif terhadap sektor pelancongan di Thailand telah dibangkitkan selepas insiden di pusat beli-belah itu, kerana negara itu menyasarkan untuk memulihkan industri pelancongannya.
Thailand telah memberikan pengecualian visa sementara untuk penginapan 30 hari, bermula 25 Sept hingga 29 Feb tahun depan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Pol Jen Torsak Sukvimol berkata, suspek mempunyai sejarah penyakit mental.
"Suspek mendakwa dia telah mendengar suara yang menyuruhnya menembak orang," katanya.
Sementara itu, sebuah sekolah swasta The Essence yang terletak beberapa meter dari Siam Paragon mengesahkan suspek merupakan seorang daripada pelajarnya.
Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai menghormati privasi keluarga remaja lelaki berkenaan.
Kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku di Thailand; namun, ini adalah serangan senjata api ketiga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada 2020, seorang anggota tentera menembak dan membunuh 29 orang dan mencederakan 58 lagi dalam kejadian amuk merentasi empat lokasi di sekitar bandar timur laut Nakhon Ratchasima.
Pada 6 Okt tahun lepas, 36 orang terbunuh dalam serangan senjata api dan pisau di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lamphu. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Perdana Menteri Srettha Thavisin berjanji akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi bagi memastikan keselamatan pelancong asing susulan insiden tragis dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, pada Selasa.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Insiden Siam Paragon: Suspek kongsi video berlatih guna senjata
Siasatan awal turut mendapati suspek gemar bermain permainan video berunsurkan keganasan senjata api.

Insiden Siam Paragon: PM Thailand ikrar langkah keselamatan tertinggi untuk pelancong
Srettha Thavisin arah agensi berkaitan siasat punca kejadian dan membangunkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang pada masa hadapan.