LOS ANGELES: "Saya hanya mahukan kehidupan saya kembali seperti biasa… Saya bukan ‘hamba’ kepada sesiapa. Saya alami tekanan, tidak boleh tidur dan saya tidak gembira dengan kehidupan ini.."
Demikian antara luahan ratu pop dunia, Britney Spears di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu (waktu tempatan) dalam kenyataan rayuannya yang memohon untuk menyingkirkan bapanya, Jamie Spears, sebagai ‘penjaga’ (conservator), lapor Reuters.
Bapa Britney, Jamie Spears sebelum ini mula memikul peranan tersebut selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 susulan Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.
Hak itu sudah berlarutan selama 13 tahun dan nyata ibu kepada dua anak ini tidak mahu hal berkenaan terus menjejaskan kehidupannya.
Dengan ‘hak’ yang diberi kepada bapanya, Jamie bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan semua urusan peribadi bintang itu.
Tahun lalu, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun ini.
Penyanyi lagu Opps! I Did It Again ini turut membuat permohonan untuk membolehkan pengurusnya, Jodi Montgomery, memainkan peranan tersebut.
Terbaharu, di hadapan hakim di mahkamah sama, Britney tampil sekali lagi menyifatkan ‘penjagaan’ ini sebagai satu penderaan terhadap dirinya.
"Kepada mereka semua yang terlibat dalam perkara ini termasuk bapa dan pengurusan saya, mereka seharusnya dipenjarakan," ujarnya.
Akui Britney, di bawah ‘penjagaan’ tersebut juga, dia terpaksa membelanjakan hampir RM250,000 (AS$60,000) sebulan bagi mendapatkan rawatan mental selepas membatalkan persembahannya di Las Vegas pada 2019.
Selain itu, Britney berkata, dia merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari, dan memiliki anak namun mereka (bapa dan pengurusan) memasang alat pencegahan kehamilan (contraceptive device) terhadapnya dan menghalangnya untuk mengandung lagi.
Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Kevin Federline, Britney hanya memperoleh 30 peratus hak penjagaan selepas Federline diberikan hak penjagaan tunggal untuk menjaga kedua-dua anak mereka.
Antara perkara lain di bawah hak penjagaan itu, Jamie juga bertindak ‘melarang’ Britney untuk melakukan rawatan kecantikan diri melibatkan kuku, rambut dan urutan akupuntur.
‘"Dia (Jamie) dengan arahan yang diberikan ini dan kawalan yang dilakukan ke atas saya.
"Apa saya lalui merupakan satu situasi yang memalukan dan tidak bermoral, saya rasa dibuli," tambahnya.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan daripada Jamie yang dibaca oleh peguamnya di mahkamah, dia berkata hanya mahu membantu anak perempuannya itu.
“Saya berasa sedih melihat dia menjalani kehidupan dalam penderitaan dan kekecewaan, Jamie sangat menyayangi Britney," kata peguamnya.
Britney merupakan bintang pop yang dilahirkan pada 2 Disember 1981 mula mencipta nama sebagai penyanyi dan penghibur terkemuka selepas singlenya, Baby One More Time, dikeluarkan pada 23 Oktober 1998.
Dia terus mencipta fenomena dengan mendominasi arena muzik antarabangsa dengan beberapa lagi single hit seperti Toxic, Born to Make You Happy, Piece of Me dan Womanizer.
Bintang kelahiran Missisippi ini juga pernah merangkul pelbagai anugerah di Grammy Awards seperti Best New Artist pada tahun 2000, Best Female Pop Vocal Performance, Best Pop Vocal Abum (2001) dan banyak lagi.
Ketika ini, hashtag #FreeBritney sedang sohor dan berleluasa digunakan khususnya di pelbagai platform media sosial oleh penyokong serta peminatnya dari seluruh dunia.
Rakan-rakan selebriti ternama dari industri hiburan juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Britney untuk memperjuangkan nasibnya. Antara selebriti yang menunjukkan solidariti ialah Chrishell, Justin Timberlake, Mariah Carey, Brandy, Khloe Kardashian, serta ramai lagi.
Agensi
Thu Jun 24 2021
Peminat berkumpul di pekarangan mahkamah sebagai tanda solidariti menyokong bintang pop itu. - Foto Reuters
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana.
Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental
Penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.