Indonesia memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan di negara itu, sekali gus menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara jiran mereka.
Presiden Joko Widodo berkata, masalah pembakaran hutan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa singkat dan tiga tahun adalah tempoh untuk melihat pencapaian hasil kerja yang dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan siaran BBC Indonesia seperti yang dipetik portal berita atas talian tempatan hari ini.
Katanya, Indonesia telah melakukan yang terbaik untuk menangani masalah jerebu yang memberi kesan kepada negara jiran terutama Malaysia dan Singapura.
Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata antara usaha yang sedang dijalankan ialah mengerah 3,700 anggota tentera dan 8,000 polis, serta empat pesawat untuk memadamkan kebakaran.
Jokowi berkata, kerajaan juga mengambil tindakan segera membina terusan di tanah ladang supaya tanah berkenaan sentiasa basah dan tidak mudah terbakar.
Katanya, daripada aspek penguatkuasaan pula, pihak berkuasa telah menahan beberapa individu dan pemilik syarikat yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pembakaran hutan dan ladang bagi tujuan penanaman semula.
Kebakaran hutan dan kawasan pertanian kini melanda beberapa wilayah Indonesia seperti Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan serta Kalimantan Timur.
Pembakaran besar-besaran hutan dan tanah pertanian dipercayai dilakukan pihak tertentu sebagai cara mudah membuka kawasan pertanian baharu dan syarikat pelaburan Malaysia dan Singapura sering dikaitkan kononnya sebagai pihak yang terbabit.
Persatuan Pelabur Perkebunan Malaysia di Indonesia (APIMI) bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengesahkan tiada satu pun syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia terbabit dengan aktiviti pembakaran ladang dan hutan.
Ketua Perwakilan APIMI Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata kesemua syarikat perladangan Malaysia memastikan ia mematuhi amalan kerja pembersihan ladang tanpa pembakaran.
Beliau berkata amalan membakar hutan dan ladang bagi sebarang tujuan adalah satu kesalahan di negara ini, dan kesemua anggota APIMI sentiasa mematuhi undang-undang dalam operasi ladang.
Katanya jika ada kes pembakaran terbuka dalam kawasan ladang milik Malaysia, ia sebenarnya dilakukan rakyat tempatan yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Ini kerana terdapat penduduk setinggan dalam kawasan ladang milik syarikat pelaburan asing di negara ini dan kerajaan Indonesia sendiri mewajibkan pemberian 20 peratus kawasan ladang kepada penduduk berkenaan," katanya.
Sementara itu, menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), jerebu di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Barat pagi tadi sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ hampir 1,000 sebelum turun kepada tahap sangat tidak sihat sejak tengah hari tadi.
Di Pontianak, keadaan jerebu masih di tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 250-300 manakala di Palembang pula, bacaan IPU pada pagi tadi adalah sangat berbahaya apabila mencecah 900 tetapi turun ke tahap sangat tidak sihat iaitu antara 250-300 pada tengah hari.
Bernama
Wed Sep 30 2015
Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, masalah pembakaran hutan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa singkat dan tiga tahun adalah tempoh untuk melihat pencapaian hasil kerja yang dilakukan bagi mengatasi masalah itu. - Foto AFP
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Indonesia perlu masa tiga tahun selesai masalah jerebu
Presiden Joko Widodo berkata, masalah pembakaran hutan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa singkat.