JAKARTA: Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan persaingan antara kuasa-kuasa besar selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melawat Taiwan.
Jurucakap Kementerian Luar Teuku Faizasyah berkata perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.
"Indonesia menyeru semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Faizasyah, dunia memerlukan kebijaksanaan dan tanggungjawab semua pemimpin demi memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.
Indonesia juga terus menghormati dasar 'Satu China', katanya.
Pelosi tiba pada Selasa, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi AS pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya lawatan Pelosi.
Media melaporkan Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Nancy Pelosi ketika mengadakan pertemuan bersama Timbalan Speaker Parlimen Taiwan, Tsai Chi-chang di Parlimen Taiwan di Taipei, 3 Ogos 2022. REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Indonesia panggil Duta Ukraine berhubung ciapan Twitter: 'Apa yang dilakukan amat tidak patut'
Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.

Indonesia bimbang dengan persaingan babitkan kuasa besar
Perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.

PKP: Hishammuddin sangkal dakwaan Malaysia usir warga Indonesia
Hishammuddin berkata kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab malah turut dinafikan pihak berkepentingan Indonesia sendiri.