India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu pembaharuan cukai terbesarnya dalam tempoh 70 tahun yang disasarkan kerajaan dapat mentransformasi ekonomi bernilai AS$2 trilion (AS$1 = RM4.29) dalam tahun-tahun akan datang.
Ia melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada 5.0 peratus manakala produk dan perkhidmatan mewah pengguna sebanyak 28 peratus.
Kalangan pemimpin kerajaan serta perniagaannya menghadiri majlis pelancaran cukai berkenaan di Dewan Utama Parlimen India, tengah malam tadi.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Manmohan Singh yang juga antara arkitek utama usaha pembaharuan ekonomi India pada awal 1990-an, memilih untuk menjauhkan diri manakala Parti Kongres yang juga pembangkang utama dan sekutunya pula bertindak memboikot acara yang mereka labelkan sebagai satu gimik.
Namun, Perdana Menteri Narendra Modi menegaskan bahawa langkah itu lebih daripada sekadar pembaharuan cukai kerana dapat memacu perkembangan ekonomi serta sosial negara itu.
"GST ini akan mengubah setiap negeri India sebagai satu pasaran yang seragam.
"Ada kira-kira 500 jenis cukai dengan matlamat tertentu (sebelum ini). Namun kita menamatkannya hari ini. Dari Ganganagar sehingga ke Itanagar serta Leh ke Lakshadweep, inilah satu cukai seragam untuk satu negara," tegasnya.
Sementara itu, Presiden Pranab Mukherjee pula menyifatkan sistem cukai baharu itu sebagai perubahan penting dan yakin sebarang masalah awal pelaksanaannya akan dapat diatasi.
"Ia menyamai langkah pelaksanaan cukai yang ada nilai tambah yang pastinya akan berdepan bantahan awal. Malah, apabila perubahan sebesar ini dilaksanakan, walau positif mana pun ia, pasti akan ada masalah dan kesukaran di peringkat awal," katanya pada majlis pelancaran berkenaan.
Menteri Kewangan, Santosh Gangwar pula menganggap pelaksanaan GST itu sebagai satu detik bersejarah.
"Kalangan pengguna akan mendapat manfaat menerusi GST ini. Kita akan meneliti semula cukai itu jika ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian," katanya.
Usaha pelaksanaan rejim cukai baharu itu di semua 29 negeri India dan tujuh Wilayah Persekutuannya, dijangka berdepan cabaran kerana kebanyakan perniagaan kecil negara itu mengalami kekurangan sumber serta aspek digital bagi mematuhi keperluan GST berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
Ia melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada 5.0 peratus manakala produk dan perkhidmatan mewah pengguna sebanyak 28 peratus. - Gambar fail
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.