NEW DELHI:India mengekalkan larangannya ke atas aplikasi video TikTok dan 58 lagi aplikasi lain dari China selepas mengambil kira maklum balas daripada syarikat-syarikat berkenaan tentang isu pematuhan dan privasi, lapor Reuters.
Ketika kali pertama perintah larangan itu dibuat pada Jun lalu, Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India memberikan 59 aplikasi itu peluang untuk menjelaskan kedudukan mereka sama ada mampu menapis kandungan, bekerjasama dengan kerajaan asing atau melobi golongan pempengaruh (influencer).
Syarikat-syarikat aplikasi itu, termasuk ByteDance yang memiliki TikTok, Tencent Holdings (WeChat) dan Alibaba (UC Browser), pada Julai lalu diminta menjawab 77 soalan kritikal.
Semua itu dilakukan ketika masih wujud ketegangan antara India dan China berikutan pertelagahan di sempadan kedua-dua negara.
Sebuah panel penilai dari pihak kerajaan India yang mempertimbang maklum balas tersebut, mendapati bahawa tiada perubahan perlu dibuat pada larangan yang dikenakan memandangkan tumpuan utama adalah aspek keselamatan dan kedaulatan negara itu.
India telah menghantar notis kepada syarikat-syarikat itu berkaitan kepuitusan tersebut.
Bagaimanapun, masih belum jelas mengenai tempoh larangan itu berkuat kuasa. Times of India melaporkan pada Isnin bahawa larangan itu bersifat kekal.
Dalam satu kenyataan, pihak TikTok berkata mereka sedang menilai keputusan itu dan akan mengulas mengenainya.
"Kami tetap terus berusaha untuk seiring dengan undang-undang tempatan dan memahami kebimbangan yang dinyatakan pihak kerajaan, Isu privasi dan keselamatan kesemua pengguna kami tetap menjadi keutamaan,” ujar kenyataan itu.
Lanjutan larangan itu dilakukan sehari selepas pasukan tentera India dan China di sempadan timur Himalaya terlibat dalam satu pertelagahan yang mengakibatkan korban nyawa.
Pada Jun lalu, aplikasi-aplikasi itu didakwa ‘menjejaskan kedaulatan, integriti dan pertahanan India’.
Pada September, India mengharamkan lagi 118 aplikasi mudah alih,termasuk permainan video PUBG, seiring tekanan yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat teknologi China.
Agensi
Wed Jan 27 2021

Dalam satu kenyataan, pihak TikTok berkata mereka sedang menilai keputusan itu dan akan mengulas mengenainya. - REUTERS

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Umat Islam di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, India sambut Ramadan mulai Ahad
Jawatankuasa Penglihatan Bulan Kebangsaan Bangladesh di Masjid Negara Baitul Mukarram, Dhaka mengumumkan bahawa anak bulan telah kelihatan.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.

7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."