NEW DELHI: India akan membeli 26 pesawat tempur Rafale untuk tentera laut dan tiga lagi kapal selam Scorpene dari Perancis.
Cadangan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Rajnath Singh, kata Kementerian Pertahanan.
Pengumuman itu dibuat ketika Perdana Menteri Narendra Modi memulakan lawatan dua hari ke Paris pada Khamis.
India akan mendapatkan 26 pesawat Rafale Marine bersama dengan peralatan tambahan, senjata, simulator, alat ganti, dokumentasi, latihan kru dan sokongan logistik untuk Tentera Laut India dalam perjanjian antara kerajaan dengan Perancis.
"Perolehan kapal selam tambahan, dengan kandungan asli yang lebih tinggi, bukan sahaja akan membantu dalam mengekalkan tahap kekuatan yang diperlukan dan kesediaan operasi Tentera Laut India, tetapi juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor domestik.
"Ia juga akan membantu MDL dalam meningkatkan lagi keupayaan dan kepakaran dalam pembinaan kapal selam," kata kementerian itu.
Tentera Laut India sudah memiliki enam kapal selam diesel kelas Scorpene yang dibina di bawah perjanjian US$2.3 bilion yang ditandatangani pada 2005.
Tentera Udara India mengendalikan Rafale buatan Dassault Aviation, yang dibeli dalam perjanjian US$8.7 bilion pada 2016 untuk 36 jet dan persenjataan berkaitan.
Beberapa daripada jet itu akan mengadakan pertunjukan pada sambutan Hari Bastille pada Jumaat di Paris.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Jet pejuang Rafale dilihat di pangkalan tentera udara di Ambala, India, 10 September 2020. - Gambar fail REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
India akan beli 26 jet tempur Perancis
Cadangan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Pemerolehan Pertahanan yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Rajnath Singh.