KETUA Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mendesak Kumpulan Negara G7 untuk melepaskan lebihan vaksin COVID-19 ke negara-negara membangun secepat mungkin.
Negara-negara G7 juga digesa supaya meminta pengeluar meningkatkan penghasilan vaksin COVID-19.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia David Malpass dalam kenyataan bersama kepada G7 pada Khamis.
Dua badan dunia itu juga mahu kerajaan, syarikat farmaseutikal dan kumpulan terlibat dalam perolehan vaksin meningkatkan ketelusan mengenai kontrak, pembiayaan dan penghantaran.
"Mengedarkan vaksin dengan lebih meluas adalah keperluan ekonomi yang mendesak dan juga keperluan moral.
"Pandemik koronavirus tidak akan berakhir sehingga setiap orang memiliki akses terhadap vaksin termasuk mereka di negara membangun," kata mereka.
Malpass dan Georgieva akan mengadakan pertemuan secara bersemuka pada Jumaat dan Sabtu bersama pegawai kewangan dari negara G7.
Negara G7 dianggotai Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Itali, Perancis dan Jepun.
Kedua-dua IMF dan Bank Dunia turut mengalu-alukan rancangan Amerika Syarikat mengedarkan 25 juta daripada 80 juta dos vaksin pertama yang dijanjikan Washington untuk dikongsi secara global pada akhir bulan ini.
Bank Dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) minggu ini mengesahkan rancangan ASD50 bilion IMF untuk mengakhiri pandemik dengan memperluaskan akses kepada vaksin.
Malpass dan Georgieva mengatakan, vaksin harus diedarkan secepat mungkin dengan cara yang telus kepada negara-negara membangun yang memiliki rancangan pengagihan yang baik.
Astro Awani
Thu Jun 03 2021

IMF dan Bank Dunia berpendapat, vaksin harus diedarkan secepat mungkin dengan cara yang telus kepada negara-negara membangun yang memiliki rancangan pengagihan yang baik. - Gambar fail
AWANI Pagi: Amplifying ASEAN Concert Opportunities
Music knows no borders and ASEAN’s concert scene is booming! Join us on ASEAN KITA with Live Nation’s Paramanathan Rajagopal as we explore exciting opportunities bringing Southeast Asia together through live entertainment.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

World #QuranHour sasar 10,000 peserta
Marhaini berkata, setakat ini sekitar 3,000 peserta telah mendaftar, namun ramai yang menyatakan minat untuk hadir tanpa pendaftaran rasmi.

E-pembayaran catat peningkatan, transaksi e-pembayaran runcit terpilih cecah RM698.1 bilion pada 2024
E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1
Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Kementerian Sumber Manusia menggalakkan majikan media mencarum untuk petugas sambilan bagi melindungi keselamatan mereka. Setakat tahun lepas, 700 wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah mencarum.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan
Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan memperbaharui Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, dan Akta Keterangan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.
Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Seorang pemandu kereta ditahan selepas merempuh penunggang motosikal yang berteduh di lorong kecemasan di Lebuhraya KL-Seremban.
Penduduk Jepun siap sedia hadapi kemungkinan letusan Gunung Fuji
Satu panel yang dilantik oleh kerajaan Jepun mengeluarkan laporan yang menggariskan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku letusan besar Gunung Fuji, yang boleh mengakibatkan penyebaran abu vulkanik dalam jumlah besar.
12 maut, 4 cedera dalam kemalangan van di Nuevo Leon, Mexico
Sebanyak 12 orang maut dan 4 lagi cedera selepas sebuah van terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di Nuevo Leon, Mexico, sebelum terbakar dan mencetuskan kebakaran hutan. Beberapa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang lain disahkan maut di hospital. Pihak berkuasa mengerahkan sebuah helikopter untuk membantu usaha memadamkan api yang merebak pantas di hutan kering, dengan kira-kira dua hektar kawasan hangus sebelum kebakaran berjaya dikawal.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.
Erdogan kecam protes penahanan Datuk Bandar Istanbul, tuduh sebagai ‘gerakan keganasan’
Penahanan Imamoglu mencetuskan protes terbesar di Turki dalam lebih sedekad. Erdogan menegaskan parti pembangkang akan dipertanggungjawabkan atas kecederaan polis dan kerosakan harta benda.

Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun
WHO menyatakan kekurangan dana ini berpunca daripada perubahan dalam "keutamaan bantuan pembangunan" dan pengurangan besar bantuan oleh AS.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.