Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bukan hanya bercakap kosong soal menjenayahkan peperangan, sebaliknya membuktikan bahawa Malaysia komited dengan inisiatif itu.
Tegasnya, Malaysia akur dengan beberapa perkara yang diputuskan di peringkat antarabangsa dan tidak bertindak menerusi peperangan atas pertikaian yang berlaku.
“Kami menyelesaikan pertikaian dengan jiran kami menerusi rundingan dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Ada yang kami memang dan ada yang kami kalah. Tapi tiada siapa yang dibunuh.
"Kalau kita bercakap yang ‘tidak seinci pun wilayah saya’ - tidak masuk akal. Kami tahu bahawa jika kita berperang, setiap inci itu kosnya lebih tinggi daripada nilainya.
“Apabila ada perkara yang dibawa ke mahkamah, tidak semestinya apa yang dituntut akan kita terima. Sama juga seperti peperangan. Kita tidak sentiasa akan menang.
"Dalam persaingan antara dua pihak, satu akan tewas, satu lagi akan menang. Tapi kalau kita lakukannya secara aman, kita tetap akan tewas tapi ia dapat mengurangkan kos kita. Tiada yang akan mati, atau kawasan yang hancur,” ujar Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian dalam debat umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Jumaat.
Jelasnya, walaupun kita masih menganggap diri kita bertamadun, namun kita sebenarnya masih bergelar primitif kerana terbuka menerima pembunuhan sebagai cara untuk menyelesaikan pertikaian dalam negara atau antara negara.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Sep 27 2019
Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bukan hanya bercakap kosong soal menjenayahkan peperangan, sebaliknya membuktikan bahawa Malaysia komited dengan inisiatif itu. -AP
Polis berhak periksa telefon orang awam - KPN
Polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata perkara berkenaan termaktub di bawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi maksud memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata perkara berkenaan termaktub di bawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi maksud memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang.
Elak pergi menjala ikan, ini bukan pesta air - Bomba
Banjir bukan pesta air atau musim menjala.
Itu peringatan ditegaskan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir agar orang ramai berwaspa memandangkan ada risiko banjir gelombang kedua di negeri itu.
Itu peringatan ditegaskan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir agar orang ramai berwaspa memandangkan ada risiko banjir gelombang kedua di negeri itu.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
KUSKOP sasar pertambahan 30 peratus usahawan wanita PMKS tahun ini
Kerajaan komited memperkukuh sumbangan PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada penglibatan usahawan wanita.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Ribuan penduduk lari dari bandar selatan Sudan
Beribu-ribu penduduk meninggalkan sebuah bandar di selatan Sudan sejak pertempuran tercetus minggu lalu, antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera.
Palestin beri amaran kesan serius hasutan Israel
Kementerian luar Palestin dalam satu hantaran di X menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sengaja mengekalkan sokongan terhadap gabungan pemerintahannya.
Blue Origin milik Jeff Bezos batal pelancaran roket baharu
Blue Origin, syarikat angkasa lepas swasta yang dimiliki oleh Pengasas Amazon, Jeff Bezos membatalkan ujian utama pelancaran sulung roket terbaharunya akibat masalah teknikal.
Korea Selatan rancang tambah baik struktur lapangan terbang
susulan nahas pesawat Jeju Air, yang terbabas dari landasan dan terbakar selepas melanggar struktur berkenaan pada Disember lalu Korea Selatan mengambil langkah dengan merancang untuk menambah baik struktur menempatkan antena yang memandu pendaratan di lapangan terbangnya tahun ini.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Iktiraf jenayah perang: 'Malaysia tidak cakap kosong' - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bukan hanya bercakap kosong soal menjenayahkan peperangan, sebaliknya membuktikan bahawa Malaysia komited dengan inisiatif itu.