AGRA: Seorang remaja di India mendakwa ibunya meninggal dunia selepas tangki oksigen untuk rawatan COVID-19 dirampas polis.
Lebih memilukan apabila dia mendakwa tangki oksigen itu dipercayai akan diberikan kepada seorang kenamaan.
Remaja berusia 17 tahun itu berkata ketika kejadian dia sedang menjaga ibunya yang kritikal akibat COVID-19.
Namun tidak lama kemudian, beberapa anggota polis masuk ke bilik wad dan merampas silinder oksigen yang digunakan bagi merawat ibunya.
Video remaja itu yang melutut dan menangis merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya tular di media sosial.
Permintaan pemuda yang dikenali sebagai Ansh Goyal itu walau bagaimanapun tidak diendah.
“Di mana saya nak cari silinder? Saya datang (ke hospital) selepas berjanji kepada keluarga bahawa saya akan bawa pulang ibu dengan selamat," kata remaja itu.
“Ibu saya tidak dapat bernafas. Kami beri dia CPR beberapa kali, tetapi tidak dapat menyelamatkannya," kata Ansh kepada Times of India.
Ibu Ansh Goyal meninggal dunia dua jam kemudian.
Polis dalam satu kenyataan berkata sedang menyiasat kes berkenaan.
Mereka bagaimanapun menolak tuduhan tersebut dan mendakwa silinder berkenaan kosong.
“Lelaki itu meminta polis untuk memberikannya silinder oksigen untuk rawatan ahli keluarganya.
"Tiada siapa yang merampas tangki silinder itu.
"Video itu mengelirukan," kata Superintendan Polis Botre Rohan Pramod.
Namun dia tidak menjelaskan mengapa polis perlu mengambil tangki oksigen yang kosong.
Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna berkata tindakan tegas akan diambil jika anggota polis terbabit terbukti bersalah.
Astro Awani
Sat May 01 2021

Seorang remaja di India mendakwa ibunya meninggal dunia selepas tangki oksigen untuk rawatan COVID-19 dirampas polis. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP'
Video remaja itu yang melutut dan menangis merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya tular di media sosial.