SEORANG ibu dua anak hanya mahu pulang selepas menghadiri majlis pengebumian rakannya. Tiada siapa menyangka ia jadi hari terakhir wanita berusia 41 tahun itu bernafas di muka bumi.
Dia jadi mangsa nafsu serakah seorang remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun.
Dalam kejadian di selatan Rusia itu, Sveltana Sapogova, 41, dipelawa menaiki kereta oleh Danil Cheshko. Tanpa sangsi dan curiga dia menuruti ajakan remaja itu.
Ternyata keputusannya itu silap. Sapogova diserang dan diperkosa. Tidak cukup kejam lagi, jek kereta pula disumbat ke dalam kemaluannya hingga ke perut sebelum dikembangkan.
Sapogova dibiarkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam kereta sebelum ditemui orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan.
Menurut rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nadezhda, Sapogova kehilangan lebih tiga liter darah.
“Bicu itu ditemui berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang.
“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” kongsi Nadezhda dalam nada sedih.
Cheshko hanya terlepas buat sementara. Dia ditahan pihak polis tidak lama selepas kejadian. Ketika disoal siasat dia mengaku melakukan perbuatan kejam itu.
Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun.
Astro Awani
Tue Feb 06 2018
Jenis jek kereta yang dipercayai digunakan untuk merodok kemaluan mangsa - Gambar shutterstock.com
Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat GRO, tahan 123 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 123 pendatang tanpa izin terdiri daripada 54 lelaki dan 69 wanita dalam serbuan di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Sultan Ismail di sini tengah malam tadi.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
Microsfot berhasrat labur USD80 bilion dalam AI
Microsoft berhasrat melabur kira-kira USD80 bilion (RM360 bilion) dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) pada tahun fiskal 2025.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif 2024
Virus hMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur himpunan tersebut pada Selasa lepas.
Sampah hanyut banjiri pantai akibat air pasang
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar menyaksikan beberapa pantai tumpuan termasuk di Pantai Batu Buruk dan pantai Seberang Takir di Terengganu dicemari sampah hanyut.
Kakak usia 18 tahun mahu kad pengenalan, jaga lima adik
Calon SPM rayu mahu kad pengenalan terpaksa jaga lima adik, bercita-cita belajar sampaiu ke menara gading.
[TERKINI] 15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang tahun baharu
Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu.
Ibu dua anak mati diperkosa, kemaluan dirodok jek kereta
Sveltana Sapogova diserang, diperkosa dan tambah menyakitkan jek kereta disumbat ke dalam kemaluannya hingga ke perut sebelum dikembangkan.