SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat ditahan polis selepas dia dakwa menumbuk seorang pelajar sekolah menengah menggunakan sarung tangan tinju.
Edith Riddle, ditahan oleh polis di Daerah Duval atas kesalahan mendera kanak-kanak pada 18 Mac lalu.
Agensi berita AP melaporkan, pihak berkuasa sekolah telah mendengar pengumuman yang dibuat secara tergesa-gesa melalui sistem radio Sekolah Menengah Dupont oleh seorang guru.
Dalam pengumuman itu, guru itu mendakwa terdapat pergaduhan di luar kafeteria sekolah tersebut.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis mendapati ibu berusia 34 tahun itu terlibat dalam pergaduhan secara fizikal bersama mangsa.
Riddle sebelum itu dikatakan baru selesai bermesyuarat dengan penolong pengetua sekolah tersebut.
Anaknya kemudian meluru ke arah mangsa yang berada di kafeteria dan bertindak menolak mangsa sebelum ibunya turut terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Saksi memaklumkan kepada polis bahawa mangsa yang berusia 12 tahun itu telah ditolak ke lantai sebelum wanita itu bertindak memukul mangsa yang sedang terbaring.
Malah, saksi turut mendakwa Riddle memakai sarung tangan tinju di tangan kirinya.
Berdasarkan laporan yang dibuat, Riddle dikatakan telah memakai sarung tangan tinju itu sejak memasuki sekolah tersebut.
Bukan itu sahaja, dia juga didakwa telah melekatkan sarung tangan tinju itu ke tangannya menggunakan gam.
Ibu bapa mangsa memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan dengan pendakwaan jenayah terhadap suspek.
Agensi
Wed Mar 24 2021

Edith Riddle, ditahan oleh polis di Daerah Duval atas kesalahan mendera kanak-kanak. - Gambar hiasan
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Ibu ditahan, tumbuk pelajar sekolah menggunakan sarung tangan tinju
Riddle dikatakan telah memakai sarung tangan tinju itu sejak memasuki sekolah tersebut.