SAN FRANCISCO: Jalinan hubungan yang erat antara China dengan Amerika Syarikat (AS) senantiasa menjadi harapan dalam kalangan rakyat dan masa depan hubungan ini turut bergantung kepada peranan golongan belia.
Demikian menurut Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam jamuan anjuran komuniti tempatan AS pada Rabu.
Menurut Xi, rakyat turut mencipta masa depan hubungan China-AS, apatah lagi ketika hubungan kedua-dua negara menghadapi ketegangan, oleh itu mustahak untuk mengeratkan hubungan antara rakyat demi meningkatkan persefahaman.
"Kita perlu membina lebih banyak jambatan dan laluan untuk merapatkan interaksi dalam kalangan rakyat," kata Xi.
Beliau berkata saling menghormati menjadi asas pergaulan antara individu dan juga norma asas hubungan China-AS.
"China menghormati jalan pembangunan dan sistem demokrasi AS, di samping negara ini juga berbangga dengan jalan sosialisme bercirikan China.
"Kedua-dua jalan itu merupakan pilihan rakyat negara masing-masing dan patut dihormati," kata Xi.
Beliau menegaskan bahawa China tidak pernah mencampuri urusan dalaman AS dan tidak berniat mencabar malah menggantikan AS.
"Modenisasi yang diusahakan China bukan hanya menumpukan kepada kepentingan diri sendiri, sebaliknya menggambarkan visi negara ini yang bersedia bersama-sama pelbagai negara untuk merealisasikan modenisasi di seluruh dunia yang berorientasikan pembangunan aman, sama menang dan makmur bersama, di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.
Presiden Xi turut mengumumkan bahawa dalam lima tahun akan datang, China akan mempelawa 50,000 belia AS datang ke China untuk belajar dan mengikuti program pertukaran bagi mempergiat pertukaran dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda.
Sementara itu, Xi turut mengalu-alukan lebih ramai gabenor, ahli Kongres dan tokoh-tokoh dari AS untuk melawat China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Xi Jinping (kiri) bersama Presiden AS Joe Biden (kanan) di estet Filoli, di luar acara sidang kemuncak APEC di Woodside, California, 15 Nov 2023. - REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dr Zaliha bincang kerjasama Kuala Lumpur-Hangzhou sebagai bandar raya berkembar
Dr Zaliha hari ini mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Hangzhou, China Yao Gaoyuan bagi memperkukuhkan kerjasama Kuala Lumpur dan Hangzhou sebagai bandar raya berkembar.

Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.

Hubungan Malaysia-Indonesia tambah erat dalam setahun pemerintahan Anwar
Hubungan Indonesia-Malaysia bertambah erat sepanjang setahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam usaha menyatukan ummah di kedua-dua negara serta rantau ASEAN.

Hubungan erat China-AS jadi harapan rakyat - Presiden Xi
Menurut Xi, rakyat turut mencipta masa depan hubungan China-AS, apatah lagi ketika hubungan kedua-dua negara menghadapi ketegangan.

Hubungan erat Malaysia, negara Nordic kukuhkan perdagangan dua hala
Hubungan diplomatik yang lebih erat antara Malaysia dan tiga negara Nordic iaitu Norway, Sweden, Finland membuka peluang dalam melebarkan lagi hubungan perdagangan dua hala.

Hubungan Malaysia dan Arab Saudi kekal erat
Arab Saudi terus kekal sebagai satu daripada rakan dagang terbesar negara di rantau Asia Barat dengan mencatatkan nilai dagang RM22.3 bilion tahun lalu.

Kedah jangka terima lebih banyak pelaburan dari China - Mukhriz
Katanya selepas mengunjungi negara tersebut dua kali baru-baru ini, beliau mendapati nama Malaysia dan Kedah mempunyai reputasi yang baik dan sering disebut-sebut oleh pemimpin China selain rakyatnya.

Kekal hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi - Sultan Abdullah
Keakraban sejak sekian lama itu terbukti dengan kerjasama yang telah dijalin dan dikembangkan dalam pelbagai bidang yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.