Serangan peluru berpandu itu dipercayai disasarkan ke Israel pada Ahad.
Houthis yang mengawal utara Yaman, telah melancarkan serangan ke Israel tengah dengan peluru berpandu untuk pertama kalinya pada Ahad.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel akan membalas serangan yang disifatkan harga yang tinggi kepada kumpulan Houthi
Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang bergerak sejauh 2,040 km dalam hanya 11 setengah minit.
Sementara itu, seorang pegawai tentera Israel berkata peluru berpandu tersebut terkena pemintas dan berpecah di udara dan bukan dimusnahkan sepenuhnya.