Sebuah hotel bersaiz gergasi di Korea Utara menyambut ulang tahun yang ke-30 tahun depan dan spekulasi kini semakin kuat menyatakan 'sejarah bakal tercipta' berikutan ura-ura ia akhirnya akan beroperasi secara rasmi.
Buat kali pertama selepas bertahun-tahun, bangunan Hotel Ryugyong di Pyongyang kembali disinari cahaya, sekali gus meniup khabar angin bahawa rejim pemerintah merancang untuk menghidupkan semula hotel malang dengan 3,000 bilik penginapan itu.
Mendapat jolokan nama ‘Hotel Celaka’ kerana nasibnya yang tidak menentu selama ini, orang kuat syarikat pembangun Orascom dari Mesir telah diterbangkan ke Pyongyang untuk membincangkan tentang nasib hotel berkenaan.
Portal berita Telegraph yang memetik media tempatan melaporkan, ketua pegawai eksekutif Orascom, Naguib Sawiris, dijangka menghadiri mesyuarat itu.
Dari penilaian umum, Hotel Ryugyong adalah hotel yang sangat memalukan. Mula dibina pada tahun 1987, bangunan setinggi 105 tingkat dan berbentuk piramid itu merupakan gagasan bekas pemimpin terdahulu, Kim Il-Sung, yang bercita-cita merancakkan industri pelancongan negara tersebut.
Kos pembinaan dilaporkan menelan belanja sejumlah 470 juta pound (RM2.6 bilion), dan jika ditaksir sewaktu pembinaannya kos itu bersamaan 2 peratus nilai keluaran dalam negara kasar Korea Utara.
Bagaimanapun, projek itu terbengkalai pada tahun 1992 ketika ekonomi Korea Utara jatuh merudum sebagai impak kejatuhan Kesatuan Soviet.
Rekod penelitian daripada Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah sekitar tahun 90-an juga mencatatkan bahawa hotel itu tidak lagi boleh dibaik pulih.
Kualiti konkrit yang teruk dan masalah teknikal di ruang lif adalah antara isu yang membelenggu bangunan itu.
Tidak ‘berputus asa’, rejim Korea Utara berkali-kali cuba memberi nafas baharu kepada hotel malang itu. Pada tahun 2008, tingkap akhirnya dipasang, dan pada tahun yang sama diumumkan tarikh pembukaan rasmi iaitu pada 2012 sempena ulang tahun ke-100 kelahiran Presiden Kim Il-Sung.
Bagaimanapun, tarikh pembukaan itu tidak dapat ditepati.
Pada tahun berikutnya, pihak pemerintah membuat rundingan dengan kumpulan Kempinski, yang menunjukkan minat untuk menguruskan hotel mewah yang kecil di aras tertinggi bangunan itu.
Namun, rundingan itu langsung tidak membawa hasil dan bangunan gergasi itu kekal kosong.
Sebahagian daripada struktur bangunan itu pernah dibuka sementara untuk berfungsi sebagai hotel, yang diusahakan syarikat berbeza, namun rata-rata para penginap memberi ulasan yang teruk mengenai pengalaman mereka.
Antara masalah yang dinyatakan para tetamu hotel itu adalah, kemudahan yang lapuk, lampu koridor yang suram, pilihan makanan yang terhad, akses internet perlahan dan kerosakan lif, selain terdapat aduan petugas hotel di bawah umur.
Agensi
Wed Dec 07 2016
Hotel Ryugyong dibina berdasarkan idea bekas presiden Kim Il-Sung yang mahu merancakkan sektor pelancongan Korea Utara suatu masa dahulu. - Foto Reuters
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
'Hotel Celaka' Korea Utara mungkin beroperasi secara rasmi selepas 30 tahun
Projek itu terbengkalai pada tahun 1992 ketika Korea Utara berdepan impak ekonomi merudum akibat kejatuhan Kesatuan Soviet.