Satu fasiliti perubatan yang kalis gempa di Istanbul akan dibuka pada bulan Februari, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang jurucakap.
Hospital Latihan dan Penyelidikan Okmeydani telah dirobohkan di bawah Projek Persediaan Kes Kecemasan dan Pengurangan Risiko Seismik Istanbul (ISMEP) dan sebuah bangunan baharu telah dibina di tapak itu.
Hospital itu menampilkan sejumlah 1,800 sistem pemencil pendulum ganda tiga yang akan membolehkan ia kekal beroperasi jika berlaku gempa bumi untuk memberikan bantuan perubatan yang diperlukan kepada mereka yang cedera.
Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) menyediakan €158.9 juta (US$174.9 juta) untuk projek itu.
"Bangunan kami sudah terlalu lama dan kapasitinya tidak mencukupi," kata Timbalan Ketua Pakar Perubatan Hospital Okmeydani Dr Ismail Koyuturk kepada Anadolu.
Koyuturk berkata hospital itu merawat sejumlah 10,000 pesakit setiap hari.
"Apabila beroperasi, hospital ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah pesakit," katanya.
Jumlah pembedahan juga dijangka meningkat sebanyak 50 peratus yang mencecah 150 setiap hari.
Beliau berkata bangunan baharu hospital itu kini hampir 98 peratus siap.
Hospital itu telah meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan tertiar di bangunan setinggi 14 tingkat selain menampung sejumlah 876 katil tambahan untuk menjadikan jumlah keseluruhan katil pesakit di hospital tersebut kepada 1,684.
Seksyen baharu seperti unit pemindahan organ dan penjagaan paliatif onkologi telah diperkenal dengan fasiliti dan peralatan perubatan baharu.
Istanbul terletak di rantau seismik yang aktif dan negara itu telah mengalami beratus-ratus gempa bumi kuat berukuran 6 pada Skala Richter sejak seabad lepas.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah penting dalam mengadaptasi strategi membina bangunan kalis gempa dalam usaha mengurangkan risiko gempa bumi kuat, terutama struktur awam termasuk hospital dan pusat perkhidmatan kecemasan lain.
Ketua Bank Pembangunan Islam, Bandar Hajjar, dan delegasi yang mengiringi beliau termasuk Timbalan Gabenor Istanbul, Levent Kilic, serta Ketua Unit Penyelarasan Projek Istanbul, Kaz?m Gokhan Elgin, melawat hospital itu bersama-sama pakar dan pihak berkuasa lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Hospital Latihan dan Penyelidikan Okmeydani telah dirobohkan di bawah Projek Persediaan Kes Kecemasan dan Pengurangan Risiko Seismik Istanbul dan sebuah bangunan baharu telah dibina di tapak itu. Foto tasyapi.com

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.