Mahkamah di Mesir membebaskan bekas presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh rakyat daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011 yang menamatkan pemerintahannya selama tiga dekad.
Mahkamah juga membebaskan Hosni daripada tuduhan rasuah. Beliau bagaimanapun akan kekal di penjara kerana sedang menjalani hukuman tiga tahun penjara atas satu tuduhan rasuah yang lain.
Tujuh pegawai keselamatan termasuk bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly turut bebas daripada pertuduhan sama menyebabkan kematian para penunjuk perasaan.
Keputusan itu disambut sorak-sorai di mahkamah. Dua anak lelaki dan tertuduh lain kemudian mencium dahi Hosni apabila keputusan itu dibacakan oleh hakim.
Hosni terbaring di atas katil pengusung dalam kandang mahkamah.
Keputusan itu dibuat selepas kes berkenaan dibicarakan semula setelah mahkamah rayuan membatalkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan pada 2012 atas alasan teknikal.
Peguam Hosni, Farid al-Deeb memberitahu AFP bahawa keputusan itu "membuktikan integriti era (presiden itu)".
Pihak berkuasa sebelum itu mengerahkan 5,000 anggota polis untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar bangunan mahkamah, lapor agensi berita MENA yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan.
Mubarak, 86, dituduh bersama tujuh bekas komander polisnya atas tuduhan membunuh beratus-ratus penunjuk perasaan semasa protes rakyat pada 2011.
Sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh dalam protes itu termasuk sejumlah anggota tentera dan polis.
Dalam pembelaannya, tertuduh berhujah serangan ke atas penunjuk perasaan itu dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin dan pelampau dari Palestin bertujuan untuk memburuk-burukkan polis.
Agensi
Sat Nov 29 2014
Hosni Mubarak
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91.
Hosni Mubarak dibebaskan
Selepas enam tahun menjalani tahanan di hospital sejak 2011, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan.
Hosni Mubarak bebas tuduhan membunuh
Mahkamah rayuan Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.
Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh penunjuk perasaan 2011
Mahkamah turut membebaskan bekas Presiden Mesir itu dan anak-anaknya daripada tuduhan rasuah.
Perbicaraaan semula Hosni ditangguh 6 Julai
Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditangguhkan 6 Julai ini.
Wanita Mesir berang jadi sasaran gangguan seksual
Peningkatan kes gangguan seksual di Mesir yang semakin menjadi-jadi telah menaikkan kemarahan wanita negara berkenaan.
Keganasan penunjuk perasaan di luar istana Morsi
Ulang tahun kedua kejatuhan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak disambut dengan keganasan.
Situasi di Mesir membimbangkan
Pertempuran antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis di Kaherah serta Port Said, Mesir masih berlanjutan.
Ekonomi Mesir masih tidak berubah
Setelah dua tahun regim Hosni Mubarak digulingkan, kedudukan ekonomi dan kualiti kehidupan tidak berubah malah lebih teruk.
Rakyat Mesir ke jalan raya dua tahun selepas revolusi
Ribuan rakyat Mesir turun ke jalan raya untuk membantah pentadbiran Presiden Mohamed Morsi yang didakwa gagal mengotakan janji revolusi yang menyingkirkan Hosni Mubarak.