HIROSHIMA (Jepun): Hiroshima, satu daripada dua bandar Jepun yang pernah dibom dengan bom nuklear semasa Perang Dunia II, yang kini menjadi lokasi keamanan dunia dan ekonomi Jepun, akan menjadi tuan rumah mesyuarat G-7 tahun ini.
Selepas tujuh tahun, Jepun kembali menganjurkan Sidang Kemuncak G-7, lapor Agensi Anadolu.
Kali terakhir sidang kemuncak itu diadakan ketika dihoskan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe yang meninggal dunia tahun lepas akibat ditembak semasa berkempen di Ise-Shima.
Jepun telah menjadi tuan rumah enam Sidang Kemuncak G-7 setakat ini -- masing-masing pada 1979, 1986, dan 1993 di ibu kota Tokyo, Kyushu-Okinawa pada 2000, di Hokkaido 2008 dan di Mie pada 2016.
Kali ini, Perdana Menteri Fumio Kishida akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin negara anggota G-7 yang akan diadakan bermula 19 hingga 21 Mei.
Hiroshima yang merupakan kampung halaman keluarga Kishida dipilih kerana Kishida mahu menyampaikan mesej keamanan kepada dunia selain mengetengahkan visi dunia tanpa kuasa nuklear di bandar itu, tempat bom atom digugurkan dan membunuh berpuluh-puluh ribu orang pada tahun 1945.
Bandar itu, lokasi terletaknya Muzium Memorial Keamanan Hiroshima, diisytiharkan sebagai Bandar Keamanan oleh parlimen Jepun pada tahun 1949.
Hiroshima yang terkenal di seluruh dunia sebagai bandar keamanan turut menjadi destinasi pelancongan dengan keindahan kawasan pergunungan, sungai dan laut.
Dua lokasi menarik di Hiroshima telah disenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO -- Kubah Bom Atom dan Kuil Itsukushima.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Jepun telah menjadi tuan rumah enam Sidang Kemuncak G-7 setakat ini -- masing-masing pada 1979, 1986, dan 1993 di ibu kota Tokyo, Kyushu-Okinawa pada 2000, di Hokkaido 2008 dan di Mie pada 2016.- - Gambar fail/Bernama
Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.
Titah Adendum: Lebih 3,000 penyokong, pemimpin PN hadir Himpunan Solidariti Najib Razak
Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan dan Irwan Siregar antara yang hadir memberi sokongan kepada Najib.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4890/5050 berbanding dolar AS daripada 4975/5030 pada Jumaat lepas.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Peluncuran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkongsi pandangan beliau berkenaan peluncuran Melawat Malaysia 2026.
Aliran keluar dana asing: Faktor, kesan, dan langkah pemulihan pasaran modal Malaysia
Bursa Malaysia mencatatkan aliran keluar dana asing selama 10 minggu berturut-turut sehingga 27 Disember 2024. Apakah faktor yang mendorong tren ini, kesannya terhadap pasaran, dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkan keyakinan pelabur? Sertai perbincangan kami hari ini untuk memahami isu-isu utama ini bersama Mohd Sedek Jantan
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
AWANI Pagi: Menjelang Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) merupakan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, dengan sasaran menarik 35.6 juta pelancong antarabangsa dan menjana perbelanjaan domestik RM147.1 bilion sepanjang tempoh tersebut.
AWANI Ringkas: Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Januari 2025
1️⃣ Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
2️⃣ Sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura
3️⃣ Dedahkan isu keciciran pelajar
#awaniringkas
1️⃣ Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
2️⃣ Sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura
3️⃣ Dedahkan isu keciciran pelajar
#awaniringkas
Sidang Kemuncak G7 berakhir, perbincangan tertumpu kepada perang Rusia-Ukraine
Volodymyr Zelenskyy juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Presiden Korea Selatan dan PM Jepun beri penghormatan kepada mangsa bom atom
Penghormatan kepada mangsa bom atom Hiroshima 1945 itu melambangkan komitmen kedua-dua pemimpin berkenaan untuk meningkatkan hubungan dua hala.