Organisasi media di negara ini termasuk milik asing akan berdepan tindakan jika mereka melanggar undang-undang Thai, kata Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha hari ini.
Katanya, ini sama seperti rakyat Thai yang tinggal di negara asing jika mereka melanggar undang-undang negara berkenaan.
"Jika media asing di Thailand melanggar undang-undang Thai, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka, itu sahaja," katanya kepada media hari ini.
Perdana Menteri memberi respons terhadap sebuah artikel di laman web British Broadcasting Corporation (BBC) Thai yang dikatakan telah menghina kerabat diraja Thai dan melanggar undang-undang ketat 'Lese Mejeste'.
Undang-undang tersebut berdasarkan Kanun Jenayah yang melarang perbuatan menghina atau mengancam raja, permaisuri, bakal raja atau pemangku raja.
Seorang aktivis pelajar ditahan baru-baru ini kerana memperkongsikan artikel BBC Thai itu di media sosial dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang tersebut dan Akta Jenayah Komputer sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Terdahulu, timbalannya Jen Prawit Wongsuwan memberitahu pemberita, pihak berkuasa telah diarah bertindak tegas jika artikel BBC Thai itu melanggar undang-undang Lese Mejeste.
Pegawai-pegawai, katanya, mesti menguatkuasakan undang-undang itu tanpa prejudis.
Sementara itu, menurut media tempatan hari ini Cawangan Khas polis menafikan ia telah memasuki pejabat BBC Thai di bandaraya Bangkok semalam, tetapi mengesahkan Bahagian Pencegahan Jenayah Teknologi sedang menyiasat laman web itu.
Pemangku komander Mejar Jen Chayapol Chatchaidej berkata bahagian itu akan memanggil pentadbir laman web itu, penterjemah, editor, dan yang lain bagi menerangkan tentang artikel itu. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 07 2016
Laman web British Broadcasting Corporation (BBC) Thai yang dikatakan telah menghina kerabat diraja Thai dan melanggar undang-undang ketat 'Lese Mejeste'. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Rakyat ada hak untuk tahu kewujudan Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
Hakim New York tetapkan tarikh jatuh hukum terhadap Trump dalam kes wang sogokan
Hakim Merchan turut mengarahkan Trump hadir pada sesi itu sama ada secara fizikal atau melalui sidang maya.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.
Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.
Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur himpunan tersebut pada Selasa lepas.
MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipuan di media sosial - Teo
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara, berbanding 6,297 kandungan yang diturunkan pada 2023.
Pesawat Ural Airlines Rusia lakukan pendaratan cemas di Mesir setelah berlepas - Pihak berkuasa
Pesawat yang membawa 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya.
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI
Tiada petunjuk menunjukkan kaitan dengan serangan lain atau mana-mana organisasi pengganas.
COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India
Akhbar Financial Times pula membuat andaian, berdasarkan kajian di 14 negara, kadar kematian COVID-19 mungkin 60 peratus lebih tinggi.
Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.
Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.