ISLAMABAD:Empat individu termasuk seorang juruterbang dan pembantunya terkorban selepas sebuah pesawat milik tentera Pakistan yang terlibat dalam misi penyelamat terhempas pada Ahad. 

ABC News yang memetik jurucakap tentera sebagai berkata, helikopter itu dalam perjalanan menerbangkan seorang tentera yang mati selepas terperangkap di bawah runtuhan salji di daerah Astore pada Sabtu.

Berdasarkan maklumat awal, selain dua juruterbang itu turut terkorban adalah dua pegawai tentera.