ISTANBUL: Tiga termasuk dua juruterbang hilang, manakala seorang lagi juruterbang diselamatkan selepas sebuah helikopter pemadam kebakaran terhempas ketika memadam kebakaran hutan di bandar pelabuhan Izmir, di barat Turkiye, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Ahad.
Memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Perhutanan Ibrahim Yumakli, penyiar NTV berkata helikopter itu terhempas di daerah Menderes pada 11.53 malam waktu tempatan (2053 GMT) pada Sabtu.
Yumakli berkata helikopter itu merempuh Empangan Tahtali, tempat ia mengambil air.
NTV berkata seorang juruterbang warga Kyrgyz diselamatkan selepas nahas itu dan operasi mencari dan menyelamat dua juruterbang lain dan seorang jurutera yang menaiki pesawat itu masih diteruskan.
Tiga helikopter bertugas untuk memadamkan kebakaran itu, katanya.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan berkata di X (Twitter), dua helikopter jenis AS-532 Komando Angkatan Darat menyertai usaha memadam kebakaran di Menderes.
Tidak dapat dipastikan sama ada helikopter yang terhempas itu adalah satu daripadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Helikopter itu terhempas di daerah Menderes pada 11.53 malam waktu tempatan (2053 GMT) pada Sabtu. -Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Helikopter pemadam api terhempas di barat Turki, 3 hilang
Helikopter itu terhempas di daerah Menderes pada 11.53 malam waktu tempatan (2053 GMT) pada Sabtu.