SONGKHLA (Selatan Thailand): Setiap tahun, sempena sambutan Tahun Baru Thailand, Songkran, ribuan pelancong akan membanjiri Hatyai, sebuah bandar raya yang terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia.
Namun, tahun ini, Hatyai yang merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia dan Singapura lengang dan sunyi walaupun pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam telah dibuka kepada pengembara pelancongan, bermula 1 April.
Pengusaha industri pelancongan di Hatyai mengeluh apabila pembukaan pintu sempadan darat gagal menarik pengunjung khususnya ketika sambutan Songkran bermula hari ini (13 April) hingga 15 April.
Berdasarkan statistik Pusat Kawalan Penyakit di Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Songkhla sejak 1 hingga 11 April, seramai 698 rakyat Malaysia memasuki Thailand melalui pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam.
Pengusaha sebuah syarikat bas ekspress di Hatyai dikenali sebagai Tony mengadu bahawa jumlah pelancong Malaysia memasuki Thailand tidak ramai berikutan kos yang tinggi termasuk kos menjalani ujian RT-PCR dan pembelian insurans perubatan dengan perlindungan minimum US$20,000.
"Sebelum pandemik COVID-19, syarikat saya menyediakan 10 buah bas setiap hari untuk membawa pelancong dari Kuala Lumpur ke Hatyai menjelang Songkran.
"Kini, jumlah penumpang (menggunakan perkhidmatan bas ekspresnya) kira-kira 10 orang sahaja setiap hari yang memasuki Hatyai," katanya kepada Bernama:
"Kos tinggi menyebabkan ramai menangguhkan perjalanan ke Thailand buat masa ini," katanya.
Pada 2019, Thailand mencatat hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pelawat dari Malaysia.
Di Songkhla, dianggarkan kira-kira tiga juta pengunjung berkunjung, 80 peratus terdiri rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Suasana lengang dan sunyi kelihatan di bandar raya Hatyai, 12 April 2022, menjelang sambutan Tahun Baru Thailand, Songkran. --fotoBERNAMA

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Ratusan masyarakat Siam mandi air, sambutan Songkran meriah di Pulau Pinang
Songkran atau Tahun Baharu Thai disambut meriah oleh masyarakat keturunan Siam di Pulau Pinang dengan meneruskan tradisi pesta air dan mengunjungi kuil Wat Chaiyamangalaram.

Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.

Ribuan pengunjung "bertempur" menggunakan air sempena pesta Songkran
Cuti umum sempena Songkran tahun ini adalah yang terpanjang selepas Kabinet Thailand meluluskan cuti lima hari dari 12 hingga 16 April.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UNESCO perakui Songkran sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan
Songkran, perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand, mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).

Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19
Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang menyambutnya.

COVID-19: PM Thailand arah tingkat persediaan pasca Songkran
Antara persediaan yang perlu dilakukan kementerian dan agensi ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.

Hatyai sunyi dan lengang menjelang Songkran
Masih lengang dan sunyi walaupun pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam telah dibuka bermula 1 April.

Pesta Songkran kembali di Thailand, namun lebih sederhana
Thailand akan kembali meraikan pesta air Songkran buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada April ini, namun dengan garis panduan tertentu.