HANOI: Harga petrol di Vietnam terus menurun pada Khamis untuk kali ketiga berturut-turut dan kekal pada paras terendah sejak awal tahun ini, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Harga E5 RON92 seliter turun sebanyak 360 dong Vietnam (AS$0.015) kepada 19,970 dong. Harga petrol RON95-III juga menurun sebanyak 280 dong seliter kepada 20,820 dong.

Harga diesel jatuh sebanyak 380 dong kepada 18,090 dong seliter sementara harga minyak tanah menurun 340 dong kepada 18,720 dong, menurut Kementerian Perindustrian dan Perdagangan.

Sejak awal tahun ini, harga petrol Vietnam diselaraskan sebanyak 35 kali. (US$1 bersamaan 24,740 dong).

-- BERNAMA