TOKYO: Seorang lelaki warga Jepun, Shoji Morimoto memiliki pekerjaan yang mungkin menjadi idaman ramai iaitu tanpa perlu berbuat apa-apa hanya menemani pelanggan dan dibayar 10,000 yen (RM 319) bagi setiap sesi.
Kalau ada sekalipun tugas yang perlu dilakukan hanyalah menjawab soalan yang ditanya pelanggan yang ‘menyewa’ khidmatnya.
“Tugas saya diperlukan untuk menemani pelanggan yang ‘menyewa’ untuk tempoh tertentu. Saya hanya perlu duduk diam, menjawab dengan jawapan ringkas bila diaju soalan.
“Pendek kata, saya tidak akan mulakan perbualan tetapi jika diminta beri pandangan, saya tidak menolak untuk bercakap mengenainya. Tidak perlu buat hal-hal yang mencabar,” kata Morimoto yang mengiklankan perkhidmatan ini sejak tahun 2018 di platform media sosial, Twitter.
Menurut laporan portal TRT World, bapa kepada seorang anak ini berkongsi cerita, skop kerja yang dilakukan antaranya menemani pelanggan ke majlis, menikmati makanan di restoran dan menjadi pendengar sekiranya penyewa berdepan masalah.
Sehingga kini, Morimoto telah bertemu dengan 4,000 ‘penyewa’ yang memerlukan perkhidmatannya.
Kongsi Morimoto lagi, ramai di antara ‘penyewa’ yang sunyi dan memerlukan peneman tanpa perlu berbual.
“Ada juga yang segan untuk keluar seorang diri tanpa teman kerana bimbang dengan pandangan orang ramai. Pelbagai ragam ‘penyewa’ sudah saya temui dan itu mungkin salah satu cabaran buat saya,” katanya.
Morimoto juga memberitahu dia pernah ditawar menjadi teman bergurau, membersihkan rumah, mencuci pakaian, masuk ke rumah hantu, bahkan, ada juga yang meminta ‘perkhidmatan tidak bermoral’ seperti berbogel, namun, dia menolaknya dengan cara baik.
Agensi
Tue Sep 06 2022
Sehingga kini, Shoji Morimoto telah bertemu dengan 4,000 penyewa yang memerlukan perkhidmatannya. - Gambar REUTERS
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Hanya sebagai 'peneman', seorang lelaki Jepun dibayar RM319 sejam
Shoji Morimoto hanya perlu teman pelanggan ke majlis keraian, makan di restoran atau sekadar mendengar cerita.