ELON Musk pernah berkata negara yang menguasai AI akan kelak dapat menguasai dunia. Melihat perkembangan AI sekarang, mungkin apa yang dikatakan oleh Musk ada kebenarannya.

Oleh sebab itu Amerika Syarikat mula mengekang akses kepada cip terkini daripada China bagi memastikan status mereka sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.

Tetapi menurut laporan terkini oleh Marco Polo, usaha Amerika mungkin sudah terlambat kerana pada tahun 2022, sebanyak 47% penyelidik terbaik dalam bidang AI berasal dari China.

Amerika Syarikat jauh di belakang dengan hanya menyumbang 18% diikuti oleh Eropah (12%), India (5%), Kanada (2%), UK (2%), Korea (2%) dan Rusia (2%).

China lebih awal melabur dalam bidang AI dan hasilnya dalam dilihat dengan jelas sekarang.



Pada tahun 2019, penyelidik dari China hanya menyumbang 29% dalam kajian AI tahap tinggi dengan Amerika menyumbang 20%.

Sungguhpun begitu ramai penyelidik memilih untuk bekerja di Amerika Syarikat berbanding di China dan Eropah.

Sebagai contoh penyelidik terbaik dalam bidang AI majoritinya bekerja di Google dan Stanford.

Di rantau Asia Tenggara pula, National University of Singapore ialah satu-satunya universiti dengan jumlah penyelidik tertinggi dalam bidang kajian AI.