JAKARTA: Satu kajian mendapati hampir separuh penduduk Jakarta, Indonesia telah dijangkiti COVID-19, atau 12 kali lebih tinggi daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu.
Keputusan kajian itu, yang diterbitkan pada 10 Julai lepas, berdasarkan ujian antibodi koronavirus ke atas 5,000 penduduk Jakarta dari 15 hingga 31 Mac.
Keputusan ujian mendapati 44.5 peratus daripada mereka sudah mempunyai antibodi terhadap virus itu, membuktikan mereka pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
Kajian itu merupakan kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Wilayah Jakarta, Fakulti Kesihatan Universiti Indonesia, Institut Biologi Molekular Eijkman, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC US) berpangkalan di Indonesia.
“Melalui kajian ini, kami boleh menganggarkan bilangan penduduk di Jakarta yang sudah terjangkit dengan virus SARS CoV-2, sama ada dikenal pasti dengan ujian PCR atau tidak,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Jakarta, Widyatusti.
Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, Jakarta telah merekodkan 382,000 ribu kes COVID-19 pada 31 Mac, sewaktu kajian itu tamat.
Sehingga semalam (13 Julai), jumlah itu telah meningkat kepada 689,243.
Jumlah itu membimbangkan memandangkan Jakarta – yang merupakan negara keempat paling padat di dunia – sedang berhadapan dengan situasi buruk, merekodkan puluhan ribu setiap hari, termasuk 1,000 kematian setiap hari.
Hospital di seluruh negara – terutamanya di Kepulauan Jawa yang merupakan lokasi Jakarta – telah menerima impak ekoran penularan varian Delta, dengan beberapa bandar di sekitarnya telah dikenakan sekatan.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021
![Hampir separuh penduduk Jakarta dijangkiti COVID-19 - Kajian Hampir separuh penduduk Jakarta dijangkiti COVID-19 - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625292228_TBOUTBREAINDO.jpg)
Satu kajian mendapati hampir separuh penduduk Jakarta, Indonesia telah dijangkiti COVID-19, atau 12 kali lebih tinggi daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720433438_Boeing.jpg)
Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah serta membayar denda AS$243.6 juta bagi menyelesaikan siasatan berhubung kes kemalangan maut dua pesawat 737 MAX.
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720041931_umarosman.jpg)
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
![Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719997761_TBJakarta.jpg)
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
![Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024 Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719787263_keracunanmakananp.jpg)
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
![9 rangka manusia dipercayai tentera Jepun ketika Perang Dunia II ditemui 9 rangka manusia dipercayai tentera Jepun ketika Perang Dunia II ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719735569_Skeleton.jpg)
9 rangka manusia dipercayai tentera Jepun ketika Perang Dunia II ditemui
Usaha bersama antara Indonesia dan Jepun berjaya menemukan sembilan rangka manusia yang dipercayai tentera Jepun ketika Perang Dunia II di daerah Biak Numfor, Papua.
![Indonesia akan kenakan tarif import sehingga 200 peratus barangan China Indonesia akan kenakan tarif import sehingga 200 peratus barangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719650631_GenericChinaFlag.jpg)
Indonesia akan kenakan tarif import sehingga 200 peratus barangan China
Indonesia akan mengenakan tarif import sehingga 200 peratus ke atas barangan China bagi mengurangkan kesan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, lapor ANTARA.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.