Balai cerap gunung berapi Hawaii, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan, Gunung Berapi Kilauea dan c sudah tidak lagi mengeluarkan petanda letusan.
Serentak itu, tahap amaran kedua-dua gunung berapi duturunkan kepada pemantauan.
Mauna Loa melepaskan batu lebur pada 27 November lalu sehingga menimbulkan kegelisahan orang awam.
Bagaimanapun, ia turut menarik perhatian pelancong yang pertama kali melihat fenomena alam itu berlaku selain gunung berapi yang lebih kecil, Kilauea yang meletus pada masa sama.
BACA: Gunung berapi terbesar dunia kembali aktif, tarik perhatian orang ramai
Kilauea mula meletus sejak September 2021.
Sebelum ini pada 2018 gunung berapi tersebut meletus sehingga menjejaskan kehidupan 700 penduduk setempat.
Mauna Loa tidak mendatangankan ancaman kepada penduduk setempat, namun lahar mengalir sehingga 2.7 kilometer ke jalan raya utama yang menghubungkan bahagian timur dan barat pulau itu.
Balai cerap akan terus memantau keaktifan gunung berapi berkenaan.
Para saintis Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan pegawai Hawaii County dijadualkan mengadakan taklimat bagi tindakan susulan.