SUSULAN wabak COVID-19 yang semakin menular di India, seramai 1.3 bilion rakyat negara itu berdepan perintah berkurung selama tiga minggu sebagai langkah mengekang penularan virus berkenaan.
Di India setakat ini, sebanyak 529 kes sudah dicatatkan dengan 10 kematian, dan disebabkan jumlah yang kian meningkat itu menyebabkan Perdana Menteri, Narendra Modi mengambil langkah drastik dengan mengenakan perintah tersebut.
Namun, sebaik sahaja arahan itu dikeluarkan oleh Modi, industri perbankan dan perkilangan mula mengambil inisiatif dengan menawarkan bantuan kepada kerajaan mengikut kepakaran masing-masing.
Memetik laporan Forbes, lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani mengumumkan sebuah pelan jangka panjang yang melibatkan ‘pencegahan, pengurangan dan sokongan secara berterusan’.
Yayasan Reliance milik Ambani, dilaporkan menubuhkan kemudahan pusat saringan COVID-19 yang pertama di India dengan kelengkapan 100 katil yang mempunyai alat bantuan pernafasan (ventilator), alat pemeriksaan jantung dan mesin dialisis di Hospital Seven Hills di Mumbai.
Tidak cukup dengan itu, Reliance juga memberi bantuan makanan kepada orang ramai di seluruh bandar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta menawarkan bantuan bahan api secara percuma bagi kemudahhan pengangkutan hospital termasuk pesakit yang berada dalam tempoh kuarantin.
Selain itu, Hospital Yayasan Reliance juga mempunyai kemudahan pusat kuarantin dan mengimport lebih banyak kit ujian.
Tidak cukup dengan itu, pemain industri terkaya di India yang lain juga memainkan peranan dalam mengurangkan beban memerangi wabak COVID-19.
Ini antara usahawan lain di India yang turut menghulurkan bantuan :-
Anand Mahindra – Pengerusi Mahindra Group, menggunakan duit gajinya bagi membantu pihak yang memerlukan serta menubuhkan dana bertujuan membantu peniaga-peniaga kecil yang kini mengalami kesukaran. Mahindra sebelum ini juga mengatakan bahawa pasukannya bersedia bekerjasama dengan pihak kerajaan atau tentera untuk membina pusat penjagaan sementara.
Anil Argawal – Pemilik Vedanta Resources, mengumumkan penubuhan dana AS$13 juta (RM57 juta) yang disasarkan terutamanya di beberapa aspek iaitu pekerja gaji harian, kakitangan dan pekerja kontrak, petugas kesihatan dan komuniti yang terlibat dengan Vedanta.
Vijay Shekar Sharma - Pengasas platform pembayaran digital Paytm, menjanjikan bantuan sebanyak AS$ 650,000 (RM2.8 juta) bagi inovasi perubatan yang berkaitan dengan COVID-19.
Sridhar Vembu - Pengasas firma perkhidmatan Zoho Corp, mengumumkan Program Bantuan Langganan Kecemasan Perniagaan Kecil yang memberi manfaat kepada 20,000 pelanggan perniagaan kecil.
Raveendran – Pengasas Edtech Byju yang juga seorang jutawan menawarkan akses percuma ke aplikasi Byju, yang menawarkan pelajaran matematik dan sains bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
Manoj Bubna, Gautam Gurtoo dan Biren Shah – Pengasas Nitrogen, yang menawarkan perkhidmatan penggunaan platform digital secara percuma selama tiga bulan untuk hospital, kedai runcit dan farmasi.
Dalam perkembangan sama, perintah berkurung di India merangkumi penutupan sempadan masuk dan melarang pergerakan kecuali untuk perkhidmatan perlu.
BACA: COVID-19: India laksana perintah berkurung 21 hari
Faris Danial Razi
Wed Mar 25 2020
Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani mengumumkan sebuah pelan jangka panjang yang melibatkan pencegahan, pengurangan dan sokongan secara berterusan. - Facebook @MukeshAmbani
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
UAE terus sokong penjagaan kesihatan di Gaza dengan kerjasama WHO
Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan.
GTSP: Jadikan stesen minyak tempat mohon bantuan kecemasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan stesen minyak mengadakan kerjasama bagi menjadikan premis stesen minyak sebagai tempat orang ramai mendapatkan bantuan awal kecemasan.
Juruterbang JBPM wajib penuhi 12 jam penerbangan sebulan
Semua juruterbang Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 12 jam penerbangan sebulan berbanding lima jam sebelum ini berkuat kuasa Jun lepas.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Hamas ucap terima kasih kepada Qatar hantar bantuan perubatan
Kata pegawai kanannya, Osama Hamda, sebahagian daripada bekalan ubat akan digunakan untuk merawat tahanan Israel.
Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain
Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Tentera udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza
Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital di Semenanjung Gaza.
Perang Palestin-Israel: UAE sedia rawat 1,000 kanak-kanak Palestin
Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.
WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
Rafah dibuka: MyCARE sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza
Dr Mohd Zin Kandar berkata ini adalah selari dengan permintaan Dr Ashraf Alqudra, jurucakap Menteri Kesihatan di Gaza, baru-baru ini.