GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
"Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.
Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X pada Rabu.
"Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.
"Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit kanser di Semenanjung Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit kanser berada dalam risiko serius," menurut MSF.
Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi.
Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang semasa "serangan" ini.
Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin maut manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api. - Gambar fail/ AP
Aset rizab rasmi Malaysia AS$118.35 bilion akhir November 2024 - BNM
Bank pusat itu berkata, untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk antara lain, pembayaran balik berjadual bagi peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM berjumlah AS$14.03 bilion.
JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Jazmanie Shafawi berkata antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Isu Laut China Selatan isu kolektif ASEAN - Syed Hamid
Menurut Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, ASEAN tidak boleh membenarkan mana-mana kuasa besar memanfaatkan anggotanya untuk saling berkonfrontasi.
Tahun Baharu 2025: Perkukuh integriti, pembangunan mampan hadapi cabaran mendatang - PM
Anwar berkata, prinsip ke arah kecemerlangan dan perpaduan serta membasmi rasuah ditegakkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Wanita dibakar mati di kereta api New York dikenal pasti
Seorang wanita yang maut akibat dibakar di kereta api bawah tanah New York awal bulan ini dikenal pasti sebagai Debrina Kawam, 57 tahun, dari Toms River, New Jersey.
Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan New York, Kawam dikenal pasti melalui analisis cap jari.
Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan New York, Kawam dikenal pasti melalui analisis cap jari.
Jangan halang penyatuan semula China-Taiwan – Xi Jinping
Presiden China, Xi Jinping, menegaskan tiada mana-mana pihak mampu menghalang penyatuan semula China dengan Taiwan dalam ucapan Tahun Baharunya pada Selasa.
Ketua WHO kongsi detik cemas nyaris dibom Israel
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkongsikan pengalaman menghadapi detik cemas ketika nyaris menjadi mangsa serangan udara Israel semasa menjalankan tugas di Yaman minggu lalu.
Tentera AS akui bertanggungjawab atas serangan di Yaman
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pihaknya melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran di Yaman, termasuk di Sana’a dan kawasan pesisir pantai, pada Isnin dan Selasa.
Lebih 100 khemah pelarian di Khan Younis dilanda banjir
Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dalam hantaran di X, selain banjir, kira-kira 500 keluarga yang tinggal di sepanjang pantai Gaza turut terdedah kepada ombak kuat dan angin kencang.
WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.