Seorang bapa tergamak menolak anaknya jatuh daripada motosikal hingga maut gara-gara berang air kencing anaknya yang berusia empat tahun terkena pada seluarnya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Hasan Basri, 29, dari Timbuseng, Pattalasang, Gowa dikatakan berang selepas anaknya, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya.
Hasan yang marah mencubit badan anaknya dan menggigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah.
Keesokan harinya, Hasan membawa anaknya menaiki motosikal namun tidak lama kemudian, Hasan pulang dengan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta lebam di muka.
Hasan mendakwa anaknya cedera selepas terjatuh daripada motosikal apabila dia membrek secara tiba-tiba.
Ibu mangsa membawa anaknya ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, curiga dengan keadaan badan mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam, pihak hospital bertindak membuat laporan polis.
Hasan kemudian ditahan dan ketika disoal siasat, dia mengaku sengaja menolak anaknya jatuh daripada motosikal kerana marah dengan mangsa yang terkencing di seluarnya.
Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan bakal didakwa atas tuduhan membunuh. - Agensi
Sinar Harian
Wed May 09 2018
Hasan Basri, 29, dari Timbuseng, Pattalasang, Gowa dikatakan berang selepas anaknya, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya. -Sinar Harian
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Gila! Bapa bunuh anak 4 tahun gara-gara terkena air kencing
Hasan yang marah mencubit badan anaknya dan menggigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah.