KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak untuk mengambil peluang daripada gencatan senjata di Gaza untuk meredakan ketegangan dan berusaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan untuk konflik berkenaan.
Ketika mengalu-alukan gencatan senjata itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masyarakat antarabangsa seharusnya tidak terlepas pandang terhadap penderitaan sekian lama yang dihadapi rakyat Palestin serta keperluan menamatkan segera pencerobohan Israel.
Beliau berkata, Malaysia menyokong usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian damai menyeluruh, adil dan berkekalan berasaskan Ketetapan Majlis Keselamatan dan undang-undang antarabangsa berkaitan, termasuk undang-undang kemanusiaan.
"Gencatan senjata adalah satu kemajuan penting menghalang lebih banyak kemusnahan dan nyawa terkorban tetapi hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Berdasarkan keadaan di Gaza, tumpuan kita seharusnya tertumpu kepada menyediakan bantuan kemanusiaan segera tanpa sekatan untuk rakyat Palestin selain membina semula Gaza.
"Kami menyokong semua usaha antarabangsa berhubung perkara ini dan akan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Sambil mengucapkan tahniah kepada negara dan pihak yang berusaha mewujudkan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, beliau turut menggesa pihak yang bertelagah untuk menghormati dan mematuhinya serta tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskannya.
Hishamuddin turut mengulangi gesaan Malaysia agar Israel berhenti mencabuli undang-undang antarabangsa menerusi tindakannya yang tidak berperikemanusiaan, kolonial dan aparteid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan seluruh Wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Malaysia turut menuntut Israel menamatkan tindakannya mengenakan sekatan dan mengepung Gaza secara haram kerana ia memburukkan lagi krisis kemanusiaan di sana, katanya.
"Sokongan padu dan solidariti bersama rakyat Palestin kekal utuh, termasuk menyokong usaha mereka untuk merdeka dan membentuk sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.
Mengulas mengenai usaha memerangi wabak, Hishammuddin berkata Malaysia sedia untuk terbabit dan menyokong inisiatif dengan negara rakan yang lain bagi membina semula makmal ujian COVID-19 Gaza, yang musnah dibedil Israel.
Sejak 10 Mei lalu, seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 21 2021
Malaysia menyokong usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian damai menyeluruh, adil dan berkekalan berasaskan Ketetapan Majlis Keselamatan dan undang-undang antarabangsa berkaitan, termasuk undang-undang kemanusiaan. - Gambar fail/AP
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).