Suasana malam di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar itu, Jumaat lepas.
Tinjauan Bernama mendapati ada antara kawasan yang terjejas masih tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih yang sempurna, terutama di kawasan perkampungan yang berada di hujung bandar iaitu di Kampung Balarua, timur Kota Palu.
Kampung Balarua menjadi antara lokasi paling teruk menerima kesan bencana itu, dengan kawasan asalnya yang landai bertukar menjadi bukit yang beralun dipenuhi mangsa yang terperangkap di bawah batu-bata.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini meningkat kepada 1,407 orang setakat 1 tengah hari, semalam.
Penduduk tempatan, Mohd Nadir Kamaruddin, 33, berkata waktu malam bagaikan mimpi ngeri untuk mereka kerana suasananya sangat gelap.
"Kami sudah enam malam tidak mempunyai bekalan elektrik...apa yang kami boleh lakukan hanyalah membakar kayu dari sisa runtuhan rumah di sekeliling kami," katanya kepada Bernama.
Bagi Ruhimah Enton, 27, air bersih merupakan keperluan asas yang paling penting bagi kampung itu.
"Saya tidak kisah sekiranya tiada talian telefon, kami cuma mahu bekalan air bersih yang secukupnya sahaja," katanya sambil berharap usaha membawa bekalan air bersih ke tempat itu boleh dilaksanakan secepat mungkin.
-- BERNAMA/Amirul Mohd Sajadi
Bernama
Thu Oct 04 2018
![Gempa Sulawesi: Sebahagian kota Palu masih bergelap Gempa Sulawesi: Sebahagian kota Palu masih bergelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538530283_950x600.jpg)
Kesan bencana alam, dari gempa bumi seterusnya tsunami, yang melanda bandar Palu di Sulawesi Tengah. - Reuters
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
![Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719579819_gempaperu.jpg)
Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru
USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica.
![Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719568128_GunungMerapiPulau.jpg)
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
![Papua New Guinea akan pindahkan ribuan yang terjejas oleh tanah runtuh Papua New Guinea akan pindahkan ribuan yang terjejas oleh tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717687854_TBlandslide.jpg)
Papua New Guinea akan pindahkan ribuan yang terjejas oleh tanah runtuh
Perdana Menteri James Marape mendedahkan rancangan untuk memindahkan 7,849 orang yang terjejas dari Zon Bencana Mulitaka ke lokasi sementara di dalam Wilayah Enga.
![Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714818798_gunungruang.jpg)
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
![Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713886703_TBBANJIRBANDUNG.jpg)
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
![Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712814207_tbMBPP.jpg)
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
![Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709254280_tapaksulaiman.jpg)
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
![ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705413375_tanahruntuh.jpg)
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
![Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705295397_TBBrazilflood.jpg)
Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.
![Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704763331_TBikanterdampar.jpg)
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.