Empat belas mangsa gempa Lombok rakyat Malaysia yang terselamat akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata setakat ini, sembilan rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu, empat daripadanya akan terus menjalani rawatan dan akan pulang ke Malaysia setelah pulih daripada kecederaan.
Proses membawa pulang dua rakyat Malaysia yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu juga sedang giat dijalankan.
Pegawai kedutaan di Lombok juga sedang menyelaras dengan ahli keluarga bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.
BACA : Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia yang maut dikenal pasti
BACA : Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini
Rakyat Malaysia yang masih berada di Lombok dan sekitarnya boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036 untuk bantuan.
Asyraf Roslan
Mon Mar 18 2019

Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara ini menjadi lokasi tragedi apabila 40 pelancong terjejas akibat kesan tanah runtuh selepas gempa.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Gempa Lombok: 14 mangsa warga Malaysia pulang malam ini, 4 masih dirawat
Setakat ini, Sembilan orang warganegara Malaysia yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Lokasi indah tapi sudah meragut nyawa... Ini sekilas maklumat Air Terjun Tiu Kelep
Air Terjun Tiu Kelep yang mengalami tanah runtuh akibat gempa bumi di Lombok pada Ahad merupakan lokasi pelancongan popular.

Gempa Lombok: Masih ada beberapa mangsa tersepit - Wartawan Kompas TV
Ketika kejadian, rakyat Malaysia dan beberapa pelancong lain berada di kawasan peranginan Air Terjun Tiu Kelep