ANKARA: Sekurang-kurangnya 41,020 orang terkorban akibat bencana gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Menurut agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) seramai 19,436 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa sedang menjalankan misi SAR di kawasan bencana dan sejumlah 216,166 khemah telah dibina di zon gempa.
Misi SAR di zon gempa di wilayah yang terjejas sudah ditamatkan kecuali di wilayah Kahramanmaras dan Hatay, kata ketua AFAD Yunus Sezer kepada pemberita.
Sezer berkata misi SAR diteruskan di hampir 40 bangunan manakala lebih 6,000 kontena telah disediakan dan lebih 460,900 orang dipindahkan setakat ini.
"Kami kini menerima 318,970 mangsa yang dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi di rumah tumpangan awam dan hotel.
"Lebih satu juta mangsa bencana di wilayah itu kini ditempatkan di khemah, kontena dan rumah tumpangan awam," katanya.
Sezer berkata bantuan tunai sebanyak 10,000 lira Turki (AS$531) telah diagihkan kepada hampir 800,000 rakyat.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim, Murat Kurum, berkata pemeriksaan di 927,000 bangunan di wilayah Gaziantep telah selesai.
"Kita akan melaksanakan kempen pembinaan rumah terbesar dalam sejarah negara kita di 11 wilayah yang terjejas dan akan menyediakan rakyat kita rumah yang selamat untuk didiami," katanya.
Pada 6 Feb lalu, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras telah menjejaskan 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.
Lebih 13 juta penduduk terjejas dan beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Pada 6 Feb lalu, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras menjejaskan 10 wilayah di Turkiye iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa. (Foto AP)
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Haba matahari mungkin mempengaruhi aktiviti gempa bumi - Kajian
Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi.

Gempa bumi 5.5 magnitud landa barat laut Myanmar
Menurut DMH, pusat gempa terletak kira-kira 23 batu di barat daya bandar Homalin di wilayah Sagaing.

Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegar Nepal
Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.