Jelas Anwar, kehancuran yang berlaku amat luar biasa, serta musim sejuk memberi cabaran hebat buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia.
"Ia hancur secara fizikal, saya sendiri berasa benar-benar terkesan melihat tahap kerosakan (yang berlaku) terhadap rakyat Turkiye.
"Kami menontonnya di televisyen dan media tetapi kesannya tidak sama, pada masa sama, kita juga menggalakkan orang ramai yang berjuang untuk bertahan dalam keadaan ini.
"Kepada pelbagai agensi penguatkuasaan telah bekerja keras dan diberi tempoh yang sangat sukar. Kami menghantar tiga pasukan... kami tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja dan bencana seperti itu dan semasa musim sejuk. Kerana kami datang dari rantau yang tidak mempunyai pengalaman musim sejuk, itu sukar," jelasnya.
Anwar ketika ditemu bual agensi antarabangsa TRT World berkata, beliau berbangga dengan dedikasi serta semangat ditunjukkan petugas mencari dan menyelamat Malaysia di bumi Turkiye itu.
"Mereka penuh semangat, penuh dedikasi, saya gembira dan saya dapat pergi ke sana... Secara peribadi mengagumkan. Penghargaan saya yang mendalam terhadap kerja mereka yang cemerlang," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Anwar, meskipun peluang untuk mangsa hidup di bawah runtuhan semakin tipis, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan SAR Malaysia.
"Sekarang daripada semua laporan yang saya kumpulkan di lapangan, ada sedikit harapan (buat mangsa) yang masih hidup, memandangkan keadaan cuaca dan kerosakan yang berterusan.
"Tetapi mereka (pasukan SAR Malaysia) berkata mereka akan mengejar untuk mencari mayat mangsa jika mereka boleh, mereka telah melakukan kerja yang hebat, peralatan, mereka telah melakukan dengan baik," katanya lagi.
Sehingga kini, lebih 300 pasukan SAR pelbagai agensi antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dihantar ke Nurdagi, Gaziantep untuk misi itu.