KUALA LUMPUR:Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada 2.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina pada kedalaman 132 km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.


-- BERNAMA