KUALA LUMPUR:Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan menggegar Sulawesi, Indonesia pada 2.35 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 47km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


- BERNAMA