SICHUAN : Gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan, China pada Rabu.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gegaran yang tertumpu di bandar Yibin dalam daerah Xingwen itu berlaku pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dipantau pada kedudukan 28.22 darjah latitud utara dan 105.03 darjah longitud timur, dengan kedalaman 10 kilometer. 

Rakaman video awam turut menunjukkan orang ramai melarikan diri dan mencari tempat berlindung apabila gegaran melanda lokasi mereka.

Gempa turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kerosakan beberapa premis bangunan serta kemudahan awam.