BEIJING: Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada 2.04 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dengan kedalaman 60 kilometer itu dipantau pada 4.25 darjah selatan dan 43.10 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

-- BERNAMA