Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, berlaku di kawasan pulau Filipina pada 10.12 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, garis pusat gempa bumi itu ialah 165km timur laut Surigao City, Filipina dan 1,096km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.