Satu gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud menggegarkan barat Peru sebentar tadi.

Menurut European Mediterranean Seismological Centre (EMSC), gempa pada kedalaman 144 km itu dikesan 28 km dari bandar Lampa.

Tiada amaran tsunami atau kerosakan bangunan dilaporkan setakat ini.




Gempa pada kedalaman 144 km itu dikesan 28 km dari bandar Lampa, Peru.

Pada Mei 2019, dua terbunuh manakala lebih 30 yang lain cedera apabila gempa dengan kekuatan 8.0 magnitud menggegarkan sebahagian wilayah Peru dan Ecuador.

Menurut Presiden Martin Vizcarra, gempa tahun lepas itu merupakan yang terkuat sejak 12 tahun lalu.