Sekurang-kurangnya 13 maut dan kira-kira 203 orang cedera apabila gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkandi barat laut Tanzania pada Sabtu, lapor media antarabangsa.
"Angka kematian melonjak dari 11 orang kepada 13 manakala angka kecederaan meningkat kepada 203 orang," kata Pesuruhjaya Daerah Bukoba, Deodatus Kinawilo, pekan paling dekat dengan pusat gempa.
“Ketika ini, keadaan masih tenang dan terkawal dan beberapa mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital.
“Kami berharap tidak ada lagi mangsa kecederaan dan usaha menyelamatkan masih lagi dijalankan,” kata Kinawilo seperti dipetik dari portal AFP.
Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa yang berlaku sekitar 12.27 tengah hari waktu tempatan itu berpusat kira-kira 25 kilometer ke timur bandar barat laut Nsunga berhampiran sempadan Tasik Victoria.
Gempa bumi itu turut dirasa di beberapa negara jiran seperti Rwanda,Burundi, Uganda dan Kenya.
"Dinding rumah saya bergegar, bersama peti sejuk dan almari," kata wakil AFP di Kampala, ibu negara Uganda.
AFP
Sun Sep 11 2016
Sekurang-kurangnya 13 maut dan lebih 200 lagi cedera dalam gempa di barat laut Tanzania, apabila gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan negara itu pada Sabtu. - Gambar fail.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Gempa 5.7 magnitud gegar Tanzania, 13 maut, lebih 200 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut dan kira-kira 203 orang cedera di barat laut Tanzania, apabila gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan negara itu pada Sabtu.