EMILY Zamourka yang kini berumur 52 tahun; bukan sebarangan gelandangan – sebuah video sedang tular di media sosial menunjukkan aksi wanita yang berhijrah dari Rusia pada umur 24 tahun menyanyi O Mio Babbino Caro (Oh My Dear Papa) dari Opera Itali Puccinni.

Aksi nyanyian yang dirakam seorang anggota polis di subway Los Angeles menarik perhatian dan mengundang pelbagai reaksi sama ada positif, dan tak kurang juga yang negatif.

Video itu yang dimuat naik di laman Twitter Polis Los Angeles sudah menarik 1 juta tontonan.


Zamourka diberitakan dihujani tawaran menyanyi atau ditawar kontrak dengan syarikat music klasik sementara ada juga yang mempersoalkan samaada beliau betul betul seorang gelandangan.

Persoalan timbul oleh warga media sosial yang kurang yakin ekoran penampilan Zamourka dengan rambut kemas dan barangan yang dibawanya terbunkus rapi dan teratur.

Beberapa usaha pengumpulan dana sukarela (crowdfunding) sudah digerakkan untuk membantu Zamourka tinggalkan hidup gelandangan.