Persembahan menarik yang ditampilkan oleh JLo dalam persembahan salingan American idol mencuri perhatian ramai. Menyampaikan lagu terbarunya “Feel The Light” sememangnya mampu membuat ramai orang terpukau sama pukulan alunan muzik dan vokal mantap JLo.
5jlomagicamericanidol.gif
Persembahan yang tidak mengecewakan. Pasti, peminat setia JLo sangat berpuas hati melihat persembahan unik ini. Kebiasaannya JLo akan tampil di pentas dengan iringan penari tarian rancak. Kali ini berbekalkan vokal mantapnya, JLo dilihat terpacak di samping effect Paparan Skrin bintang bergemerlapan menjadikan ramai terpegun dengan persembahan ini.
Busana mewah berukuran 20 Kaki dan mainan penataan cahaya, idea yang ditampilkan amat teruja hingga menukarkan bahagian skirt yang besar itu menjadi skrin untuk menghidupkan paparan grafik indah sepanjang persembahan.