CUPERTINO (California): Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya, Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri.
Dalam pendedahan kawal selia syarikat itu yang difailkan pada Khamis, sasaran pampasan Cook akan dikurangkan kepada AS$49 juta pada 2023 berbanding AS$84 juta pada 2022, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Antara perubahan lain, peratusan unit saham yang diberikan kepada Cook yang terikat kepada prestasi Apple akan meningkat kepada 75 peratus pada 2023 berbanding 50 peratus selain untuk tahun-tahun akan datang, kata syarikat itu.
Pada 2022, Cook menerima ganjaran berjumlah AS$99.42 juta termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif berbanding AS$98.73 juta yang diterimanya pada 2021 dan AS$14.77 juta pada 2020.
Jumlah pampasan yang diterima Cook pada 2022 meliputi AS$3 juta gaji pokok, AS$82.99 juta pemberian saham, ganjaran pelan insentif bukan ekuiti sebanyak AS$12 juta dan pampasan lain sebanyak AS$1.43 juta.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya, Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri. - Gambar fail REUTERS
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
Gaji CEO Apple Tim Cook dipotong 40 peratus tahun ini
Pada 2022, Cook menerima ganjaran berjumlah AS$99.42 juta termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif.