ISTANBUL: Penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
“Setiap kali memang (wujud) tekanan daripada Israel, pada peringkag awal nak memulakan sesuatu pelayaran, mereka memang akan beri tekanan agar misi ini gagal.
“Saya masih ingat semasa misi yang saya sertai dahulu, suami kepada kapten kapal kami yang menetap di Australia, dipujuk oleh pihak kedutaan Israel di negara itu untuk memujuk isterinya supaya tidak meneruskan pelayaran,” katanya yang ditemui dalam sesi taklimat kepada delegasi Malaysia di sini, pada lewat malam Khamis.
Tambahnya, menerusi misi sama yang disertainya dahulu yang berlepas dari Barcelona, Sepanyol juga berdepan masalah dokumentasi yang remeh hasil daripada campur tangan rejim Zionis.
“Kami dahulunya berlepas dari satu pelabuhan di Barcelona namun kami diarah untuk belayar ke satu pelabuhan yang lain.
“Di sana, mereka telah meminta pihak penganjur menyediakan pelbagai dokumen yang asal yang sememangnya mustahil untuk diperoleh.
“Bayangkan kalau nak memohon kurier hantarkan dokumen itu, dokumen itu pula dari Amerika Syarikat maka sukarlah mendapat dokumen yang original pada waktu itu,” katanya lagi.
Pada 2016, Dr Fauziah pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia khasnya dan dunia umumnya apabila beliau bersama-sama sekumpulan 12 wanita dari pelbagai negara melakukan misi kemanusiaan Women’s Boat to Gaza (WBTG) dengan sebuah kapal yang dikendalikan kapten wanita, namun ditahan pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean sebelum sampai di Gaza.
Kejadian pada 5 Oktober 2016 itu menyebabkan mereka dipenjara satu malam oleh Israel kerana dituduh menceroboh masuk secara tidak sah sebelum dibebaskan dan dihantar pulang ke negara masing-masing.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran pada hari ini, sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menerusi kenyataan FFC, hal ini berlaku disebabkan timbul kekacauan daripada rejim Israel yang terus- menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Kenyataan itu mendakwa pihak rejim sedang memberi tekanan hebat kepada Republik Guinea Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama yang digunakan dalam misi ini, Akdeniz (Mediterranean).
Syafik Shukri Jalil
Thu Apr 25 2024

Penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel, kata Dr Fauziah. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.

Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.

Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.

Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.

Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.

Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.

Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.

Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.