ANKARA: Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal Pengawal Pantai China ke atas kapalnya.
Manila memberitahu Beijing bahawa ia tidak akan meninggalkan beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan, menuduh pengawal pantai China melakukan "tindakan berbahaya" serta menyasarkan satu daripada kapalnya dengan laser, lapor Agensi Anadolu.
Seorang pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Filipina, Jonathan Malaya, berkata peningkatan kehadiran China di Beting Second Thomas yang juga dipanggil sebagai Beting Ayungin tidak akan menyekat keazaman Filipina untuk melindungi kedudukannya di sana.
Manila sengaja mendaratkan kapal perang era Perang Dunia Kedua pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatan Filipina.
"Kami akan terus menempatkan tentera di dalam kapal di terumbu itu selama mana yang diperlukan," kata Malaya pada sidang media bersama tentera, Pengawal Pantai Filipina (PCG) dan Kementerian Luar Filipina.
Beijing menggesa Manila untuk mengalihkan kapal perang itu sambil mempertahankan tindakan pengawal pantainya sebagai "profesional dan terkawal."
Ia juga mendakwa bahawa kapal-kapal Filipina "tidak menghiraukan sekatan dan amaran berulang kali China dan cuba memindahkan bahan binaan yang digunakan untuk menyelenggara dan membaik pulih kapal itu, yang didaratkan di beting itu secara haram."
"Pihak China menggesa Filipina mengalihkan kapal perang yang didaratkan dari Terumbu Renai dan memulihkan Terumbu Renai kepada keadaan asal," kata jurucakap pengawal pantai China.
Manila sebelum ini memanggil duta China untuk menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Pengawal Pantai China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Manila sebelum ini memanggil duta China untuk menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Pengawal Pantai China menyasarkan kapal perangnya dengan tembakan meriam air. - Gambar/ Reuters
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.