Facebook mengaktifkan ciri Safety Check (Pemeriksaan Keselamatan) susulan insiden serangan di London pada Sabtu.

Kira-kira 2 jam selepas kejadian disahkan berlaku, ciri tersebut mula diaktifkan bagi pengguna yang berada di sekitar kota London.

Ciri Safety Check diperkenal Facebook bagi pengguna mengesahkan mereka 'selamat' dalam insiden berkenaan.

Ciri Safety Check diperkenal Facebook bagi pengguna mengesahkan mereka 'selamat' dalam insiden berkenaan.
Ciri sama pernah diaktifkan semasa serangan di Westminster Bridge, London 21 Mac lalu dan letupan bom di konsert Ariana Grande di Manchester Arena 23 Mei lalu.

Kejadian terbaru di London ini berlaku kira-kira 10 minggu selepas insiden di Westminster dan dua minggu selepas insiden di Manchester.