HANOI: Mengukuhkan hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN serta memperdalam hubungan ekonomi dua hala bakal menjadi antara keutamaan kesatuan 27 anggota itu tahun ini, kata Duta EU ke ASEAN Igor Driesmans.
Diplomat itu berkata pemeteraian perjanjian pengangkutan udara komprehensif EU-ASEAN pada 2022 iaitu perjanjian pertama penerbangan rantau ke rantau akan meningkatkan hubungan udara antara 37 negara yang terlibat.
EU mahu melabur lebih banyak di rantau ini dan pemimpin kesatuan telah mengumumkan 10 bilion EUR (AS$10.88 bilion) dalam pelaburan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang melalui " Global Gateway", katanya lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Beliau berkata EU telah pun menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam.
Kesatuan itu juga akan membuka rundingan untuk FTA dengan negara ASEAN yang lain sambil menyambung semula rundingan FTA dengan Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Driesmans berkata keutamaan kedua EU adalah untuk membangunkan agenda hijau dan mampan bersama dengan rantau ini yang merupakan keutamaan utama bagi EU dan perkongsiannya dengan ASEAN.
"EU telah membangunkan beberapa projek dan program kerjasama dengan ASEAN, sebagai contoh menyokong bandar Hijau Pintar bagi meningkatkan biodiversiti untuk mengurus tanah gambut dengan lebih mampan.
"Jadi kami mahu menjalinkan lebih banyak kerjasama. Dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat pertama menteri alam sekitar EU-ASEAN," katanya.
Beliau berkata dialog EU-ASEAN mengenai tenaga juga akan diadakan tahun ini.
Keutamaan ketiga ialah mengenai perkongsian keselamatan dan EU berharap dapat bekerjasama dengan ASEAN untuk memastikan laluan bekalan maritim yang bebas dan terbuka di Laut Timur dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.
Kesatuan itu juga akan menyokong rundingan untuk Kod Tatalaku di Laut Timur (COC).
Duta itu juga menggariskan keutamaan lain EU dalam mempromosikan perkongsian Indo-Pasifik dan memastikan ASEAN yang selamat dan makmur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Pemimpin EU telah mengumumkan 10 bilion Euro (AS$10.88 bilion) dalam pelaburan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang.
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.
[KOLUMNIS] Integrasi tindakan ‘ramuan’ selesai masalah jalan
Menyedari situasi itu, KKR membangunkan aplikasi MYJalan berpandukan kepada konsep No Wrong Door polisi.
EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan EUR43 juta untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
EU tidak iktiraf kemenangan Maduro dalam pilihan raya Venezuela
Kesatuan Eropah (EU) tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya presiden di Venezuela tanpa pendedahan penuh rekod pengundian rasmi, kata Peter Stano.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: AS, EU adakan perbincangan untuk elakkan konflik berskala besar
Para diplomat Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sedang mengadakan perbincangan segera untuk mengelakkan ancaman peperangan berskala penuh di Asia Barat.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.
Pelan undang-undang perubahan iklim mampu perkasa sektor perniagaan - Nik Nazmi
Pelan dan peruntukan undang-undang berkaitan perubahan iklim yang sedang diusahakan kerajaan mampu memperkasakan sektor perniagaan di negara ini.
Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia
SFA pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.
China negara paling banyak kemuka permohonan paten pada 2022 - Laporan
China menjadi negara yang paling banyak mengemukakan permohonan paten di dunia, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan permohonan pada 2022.
Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau.